Sabtu (22 Mac 2014)
Sambung balik haha.
Boleh gagah dak aku nih. Bapak penat duk menaip ja. Lenguh oi.
Konon kata nak dera jari semalam ni. Haha memang tak jadik. Ok sambung dari topik semalam. Dekat mana ntah. Err dekat Maya Bay tu kan. Ok ingat dah. Maya Bay. Kami stay dekat situ ada kot dalam 40 minit. Siap wat kuak lentang bagai, dah jadik ikan duyung dah haha. Snap picture itu wajib haha. Kira naseb baik la henpon aku tu bukan kalis ayaq. Kalu dak memang sahih tangkap dalam ayaq. Ayaq dah la lawa. Jernih ja wei. Duk kata dekat PD elok, ishhhh sana elok lagi la aih. Indahnya ciptaan Allah. Kagum aku.
Dalam pukul 4 camtu, kami dah nak mula gerak balik. Aku dah terasa penat dah. Letih siap semua la.
Kaki sampai naek ataih aih! |
Boat dah gerak, tapi xjauh dari Maya Island tu, geng Ice tu stop dekat tgh2 laut. Ish jernih baq hg. Dgaq dia jerit sapa nak snorkelling. Aku pun apa lagi, celapak xdak dah dekat dia. Haha. Amik hat alat yang macam gugel mata tu haha. Nama pa xtau aih. Then dgn life jacket. Mula mcm excited gila aku ni. Konon nak snorkelling bagai. Dah la first time aku ni uwawa. Aku pun amboi kemain terjun teruih ja. Last2 macam tergapai. Aku macam dah panik sebenarnya. Aku at the first mmg dh pakai contact lens so no hal nak pakai gugel tu. Gugel tu kan tutup sampai hidung, patut nk bernapas ni aku guna mulut. Tapi panik lak time tu, tertarik napas guna hidung. Makin ketat la getah tu melekat dekat muka. Wahhh macam nak putus nyawa oi. Aku relaks2 kit then baru dah balance kan badan. Bila dh ok tu, baru berani kan untuk selam kepala nak tengok ke bawah tu. Masya Allah, kagum aku tengok. Coral dia yang sangat cantik. Ikan berenang2 dekat ja dgn kaki aku. Sayang sangat tak dak kamera yang kalis ayaq. Nak tangkap gambaq. Sekadar bole tgkap suasana tu menjadi memori aku.
Teruja sangat. Dengan first time lak snorkelling. Peh tu melihat keajaiban yang Allah cipta. Dalam sangat aku tgok. Agak2 bapa kaki noh. Ishh seram aku masa tu. Kak Zai terjun gak. Dia pn muka cuak ja. Haha sampai si Ice tu tarik tangan Kak Zai bagi dekat dengan boat. Tapi apa2 pun itu pengalaman yang indah bagi aku. Yela, ni la kali pertama aku pergi berjalan2 luaq dr Malaysia. Selalu duk berjalan dekat dalam Malaysia ja. Haha. Tapi orait la aku cuti2 Malaysia dulu. Ni dah sampai Thailand. April kang, aku p Indonesia lak. Hukhukhuk
Ok2, back to the topic. Kira nak menyimpang saja aku ni. Ngee. Dah setel ja kami dengan aktiviti snorkelling tu. Boat pon kira nak balik dah, jam pun dah 4 lebih dah. Budget nak balik sebelum 5 ptg. Masa otw nak balik tu, aku lena. Pergghhh xsedaq dah. Kak Zai kojaq la, dia tgkp gmbaq aku duk lena. Siap ternganga haha. Gila penat. Dengan tangan lenguh. Ahh sudah. Jenuh nak tdoq aku nanti. Cadang nak balik cepat2 hotel, pastu mai Ao Nang beach, nak tgkap sunset. Tapi apakan daya tak sempat. T_T
Kami smpai hotel dah pukul bapa dah, dengan nak mandi bagai. Nak bersiap lagi, mmg lmbat la. Lumrah wanita. Hiksss. Macam besa lepas mandi ja, nak kuaq p Ao Nang, Reed dh standby nak antaq. Mmg terbaik la dia ni. Kalau nak mai Krabi, mengimpikan suasana sunyi, The Sun mmg best. Ala mmg jauh dr Ao Nang beach, tp Reed terbaik. Bole antaq and pick up. Kalau xnak pun, bole sewa moto. Dekat sepanjang jalan nak ke Ao Nang beach, ada banyak kedai yang buat utk sewa motor. Harga depend on jenis moto yang ampa nak amik la. Ada yang 200 baht, ada yang 250 baht. Selalu sewa depa amik 24 jam la. Kalau separuh hari xsure lak depa allowed ke tak,.
Petang tu mmg xsempat untuk sunset. Masa Reed antaq smpai pantai tu, matahari dh trun dah. Huhu. Walaupun time tu baru 6.00 petang lebih, tapi keadaan sekeliling macam dekat Malaysia ja. Yela time 6ptg dkt Thailand, dah 7 malam dah dekat Malaysia. (Entah betoi ke x teori aku nih.... (=_=)) Hahaha. Apa2 pun malam last dekat Krabi so kami bertiga berjalan2 dekat Ao Nang tu. Tangkap gambaq apa yang patut dekat situ. Then Kak Zai dngan Atin nak shopping brg. Aku teman ja. Barang dekat Ao Nang mcm mahai. Yala harga bkn lari bnyak mana pun. Biaq nanti dekat Bandung, aku shopping puas2 huuuuu. Ikut Kak Zai dgn Atin mmg lenguh kaki aku oi. Dah puas berjalan, kami p makan. Kali ni kami makan dekat kedai makan Jamai. Jgan risau situ mmg halal. Kedai ini pun aku cedok dr blog orang yang pernah dtg Krabi. Haha. Xdak la sedap sngat. Tapi bole la kenyangkan perut. Aku makan abis dalam 170 baht camtu. Makan nasik goreng Thai, dan Pancake!! Yeayy hahaha. Duit pun dah susut haha. Aku dan tukar lagi RM 50. Tapi bukan nk kata la rate dekat Ao Nang macam ok sikit dari dekat Malaysia. So lain kali nak mai nanti, tukaq sikit ja dekat Malaysia.
Lepas ronda2, makan2, kami decided nak massage ag. Hihihi. Kami pi dekat kedai lain. Kali ni kami amik hot oil massage. Pergh sedap wei. 1 badan kena massage dgn hot oil. Sedap ja. Dah la badan lenguh sebab Phi Phi Island trip tu, kena lak urut kuat. Mmg terbaik, Kami abis massage dalam 10 lbih. Reed janji nak pick up kami depan MCD, dalam pukul 11pm. Aku sempat je beli pancake banana coklat. Beli sampai dua. Haha. Balik hotel jenuh makan. Huhu dah malam last. Esok dh nak balik. Van akan amik kami dalam pukul 10.00 pagi esok.
Last part on Krabi trip to be continue....
No comments:
Post a Comment