17th April 2014 – Khamis
Bangun pukul 5.00 pagi. Memang celapak bangun bersiap. Mujur la beg dah kemas2. Tu pun Sue yang tlg. Aku mmang tak reti packing haha. Dalam pukul 6pagi cmtu Ari dah pun sampai. Aku terus check out and kami menuju ke airport Hussein Sastranagara. Masa sampai tu orang macam tak ramai ag. Aku terus bawak muatan untuk discan. Barang banyak so cepat2 pi cari troli. Ari pun siap2 cakap terima kasih then balik ke tempat dia. Kaunter AA ke KL buka pukul 6.30am, so duk cangak jugak la. Dalam hati duk risau pasal muatan aku ni. Sue beli 20kg dan aku lak beli 25kg. So total kami pnya 45kg. Risau terlbih muatan ja. Dah la duit memang kontang baik punya.
Perut time tu la memulas bagai. Aku langsung tak sarapan lagi. Dengan pening kepala bagai. Masa dekat Bandung tak mau nak pening2, ni nak balik wat hal lak. Cett! Airport Bandung ni memang kecik ja tapi bagus la tak gado jalan jauh. 6.40pagi camtu kaunter baru buka. Cepat2 nak check in luggage. Aku time tu memang standby dah, buka ja kaunter terus celapak. Kekekeke. Masa timbang barang lega la sebab cukup2 45kg so tak gado dah extra caj ka apa ka. Uhuuhu. Kalu dak jenuh. Aku terus bayar tax and amik boarding pass. Settle tu kami ke café. Aku tak lalu langsung nak makan. So aku minum lemon tea panas. Perut sakit siot. Siap pi jamban lagi. Ekekekke.
Dalam pukul 7.30 pagi, aku terus ke waiting room. Siap baring atas kerusi. Sakit perut. Takkan sebab makan semalam dekat tepi jalan. Tapi yang lain2 okay ja depa. Aku sorang ja jadi camtu. Tetiba panggilan ke KL dah diumumkan. Kami terus masuk. Sempat lagi gitu snap pic. Huhu.
Perjalanan berjalan lancar saja. Walaupun di tengah2 perjalanan tu, pilot umum cuaca kurang baik, mintak pakaikan seatbelt. Cuak beb. Terus teringat MH370. Huhu. Subhanallah. Mintak simpang. Dalam pukul 11.20pagi waktu Malaysia, Alhamdullilah kami selamat sampai di LCCT. Terus turun, amik luggage, then pemeriksaan kastam. Alhamdulilah la semua berjalan dengan lancar. Beli tiket bas untuk ke KL Sentral. Then amik teksi ke Ampang. Kami ke rumah Sue sebab aku park kereta aku dekat rumah dia.
Ok misi mencari nasik kandaq. Bye
No comments:
Post a Comment