15th April 2014 - Selasa
Pukul 5 pagi, budak 3 orang mai kacau kami, aihhh nak mampuih depa nih. Hahaha. Nak mai tengok kain katanya. Yang kami beli di Pasar Baru tu. Jenuh layan depa.
Pagi tu kami smua bangun awai. Aku try call reception tnya pasal breakfast. Rupanya bole ja nak breakfast. Bayar 50k rupiah sekepala. Dalam sorang RM15, buffet kot. Tanya yang lain, depa setuju ja, so kami p breakfast. Sedap gak makanan dia. Semua makanan aku try haha. Ari dia mai dalam pukul 8am, 7am kami dah dekat tempat makan, so sejam dekat situ kami makan. Haha. Hari ini kami ke Kawah Putih. Perjalanan dalam 2 jam camtu. Memang bosan sebab Bandung memang macet (jammed). Aku berapa kali tidoq pun xtau la haha. Sesak punya ckup. Depa kat sana main hon2. Aku ada tanya Ari, katanya tu tanda bagi isyarat haluan. Kalau dekat KL, mau kena ligan balik hahaha.
Kalu dekat Bandung, ampa jngan terkejut, di sana depa amalkan cara tips. Orang tuju jalan, org bg haluan jalan ada kat sana. Di sana kan jammed so, nak masuk ke kiri ke kanan ka, depa ada orng penunjuk jalan. So mmg aku tengok la, setiap kali nak belok ke, nak parking ke, Ari akan sua depa tips. Depa dapat 2000rupiah pun dah happy. Dah la orang Bandung sangat polite. Bagus la.
Ok back to journey to Kawah Putih, kami sampai dalam pukul 10 lebih gak la. Sampai2 ada orang jual mask. Aku beli sbb aku xthn bau sulfur dia. Kawasan dia cantik sngt. Ari dipaksa menjadi photographer kami. Hahha. Sapa xtahan duk situ, dia akan macam nak batuk2. Aku memang jadi xselesa tekak. Bukan kata aku ja, Ari yang orang Bandung pon duk terbatuk2 haha. Kat situ bapak punya sejuk, mai ja angin aku jerit dah. Haha sejuk nak terkencing haha.
Then abis ja berfoto2 di situ, kami ke bawah, nak tuntut jus strawberry. Patut dapat 5 gelas, tapi tu elektrik depa ada masalah. So leh dapat 2 gelas ja. Kami mnum lepak kejap. Oh yea lupa, nak masuk Kawah Putih dia ada caj masuk kereta dengan sekepala. Sekepala dalam 25k rupiah. Yang kereta 75k rupiah kot. Kami tong2 ja caj dia. Hat tu tak termasuk dengan price supir. Asing2 ya.
Then turun bawah. Kami ke arah Cibaduyut. Dekat situ ada 1 mall yang harga dia leh tahan la. Dekat situ kebanyakkan aku nampak barang berkulit. Aku sempat cari tshirt utk adik aku. Then kami cross jalan, cuci mata p kedai tepi2 sana. Pesanan sekali lagi, masa kita jalan tu akan ada la penjual jalanan akan approach. Terpulang la pada ampa nak beli ke dak. Tawar la setawar yang boleh. Macam aku, aku tak layan sangat. Aku tolak dengan cara yang baik. Jangan nak maki2 noh, kita dah la dekat tempat orang. Sana depa susah, so macam2 keja depa buat. Kasihan juga aku tapi benda bukan aku nak beli, xkan nak beli kan huhuhu
Duk dekat situ memang lama gak la. Aku beli jugak baju I love Bandung lagi. Dia joi dekat tepi2 jalan ja. Saiz XL leh tahan besaq gak. So grab for 4 helai 100k rupiah. Ok la harga dia. Fatin dengan Ain gila borong depa I love Bandung tu haha. Lepas pada beli semua tu, masing2 dah lemau dah. Lapar time tu dah mai dah, kami pun bergerak panggil Ari. Sebelum kami ke tempat makan, kami singgah sekejap FO dalam perjalanan tu. Banyaknya aku dah p semalam dengan Sue, so just ronda2 camtu ja. Dell, Ain dengan Fatin ja yang pulun.
Dekat nak malam, kami singgah restoran untuk makan. Dekat situ kami try makan keistimewaan dia. Iaitu ikan gurame. Lebih dikenali ikan kaloi. Main bedal order ja time tu. Sedap kot. Time tu xingat dah cerita Bawang Putih Bawang Merah. Hahaha. Selamat masuk perut. Sedap jugak masakan ikan garume. Aku amik goring punya. Siap dengan ayam penyet, sup buntut haha. Itu sebenarnya sup ekor. Sedap!.
Lepas pada makan malam tu, kami ke hotel untuk rehat2. Esok last day bagi aku and Sue. Flight aku pagi Khamis. Hoho
No comments:
Post a Comment