Penat la sangat. Balik dari kerja malam. But then xpala. Arini bakal berjalan jauh haha. Nervous gak la. Tapi terasa excited sangat. Aku balik kerja just tido utk hilang penat sahaja. Pas zohor, aku bangun and siap2. Yela duit tak tukaq lagi. Harap tukaq aritu dekat KL Festival dalam RM150 ja. Tak tau rate dekat Thailand camna, so mmg kena tukaq siap2 la dekat KL. Setelah survey2 rate, so far aku dapat rumuskan rate dekat Ampang Park lagi ok rate dia. RM10.13 kot kalu xsilap aku dapat utk 100 baht. So dekat situ aku tukaq RM300. Ok sangat dari aku tukaq dkt KL Festival ritu. RM10.51 kot! Ceittt mahaii haha. Orang kalut cam aku ni memang sgt. Choii haha
Settle ja tukaq duit, aku singgah Aeon Setiawangsa, yang dekat AU2 tu. Nak cari travel plug. Lupa nk snap gambaq dia. Tersangat la murah bg aku. RM 6.30 ja wei. Nanti sapa nk beli, bole la beli dekat Aeon ja. Wink wink. Siap beli makanan jajan kit. Dalam 4 petang, aku dah sampai umah. Last check for beg packing aku. Yela kena tengok apa yang tak cukup. Baju sekandaq oi. Haha. Lawokk. Gila berat. Ceitt. Pmpuan camtu la kan. And again lupa nak snap pic barang yang aku bawak haha. Itu pun bapa kali aku buang, masuk, buang baju dalam beg. Sangat pathetic gila aku nih. Kroooiiigghhh. Settle! Aku tidoq seround dlu. Malam kang, housemate aku, Ain akan hantaq aku dan Atin Ruslan ke Puduraya. Tunggu Kak Zai ja dekat sana.
Pukul 9 malam camtu, kami dah pun bertolak p Pudu. Amik Atin Ruslan. Then straight to Puduraya. Sampai dekat2 pukul 10 gak la. Sempat la aku perkena sup daging dengan nasik goreng kampung dekat kedai makan yang dekat Pudu tu. Ala yang dekat dengan Nando's tu. Terangkat gak wei sup daging dia. Licin aku hirup. Siap ayaq kosong 2 gelas. Jenuh la satgi atas bas haha. Dalam 10.30 malam Kak Zai mesej aku katanya dah sampai dekat dalam Pudu.
Muka excited tgu bas. Haha |
Bas pukul 11 malam, kami amik tiket dari Pudu ke Hatyai. Sekepala dalam RM52 sehala. Kami ambil Alisan Golden Coach. So far bagi aku memang ok sangat. Sebab? Siap ada plug USB dengan WIFI haha. Awesome sangat wei. Kikiki. So xdak la buhsan. Walaupun xdak la laju mana WIFI dia tapi for viewing Facebook sangat lah ok. Nak Whatsapp ka apa ka pun bole. Cuma nak layan movie online xleh la sangat. Yala, WIFI dia tak stabil sangat, maybe sebab bergerak kan.
Masa naik bas tu, yang tak bole blah nya bila dia xberhenti wei. Haha aku ni jenis cepat nak buang air kecik. Walau dah buang masa sebelum naik bas tu, mesti nak lagi. Haha, Masa bas gerak tu, aku layan la WIFI, air cond dia gila sejuk, so aku tutup. Then ngantok lak. Aku layan mata dulu. Tetiba aku terjaga. Ahhh sudah. Dia mai dah. Kaki dh tergedik2 dah. Kak Zai jeling ja tengok aku. Haha. Mau tak jeling dia tau dah tabiat aku. Aku wat isyarat nak tuttttt. Haha. Kak Zai bangun p dekat driver. Dengar driver tu cakap jauh lagi nak stop. Oh yeahhhh demyu driver. Puiii... Berpeluh siap aku beb. Punya tahan. Bayangkan dari KL, dia stop dekat R&R Sg Perak. Ohhh yeahh.. Dah nak masuk utara baru nak berenti?? Sampai2 ja tak tnggu dah. Berdesup aku oiiii. Krooigghh damn.
Perjalanan sangat smooth. Dari pukul 11 malam bertolak, kami sampai dekat Bukit Kayu Hitam dalam pukul 5 pagi camtu. Kami berhenti makan sekejap. Driver bas tu collect passport utk apa ntah, then selit dekat passport, bagi macam 1 slip perjalanan camtu la. Rehat dalam setengah jam, kami bertolak ke border Thai-Msia. Border Thai-Msia buka pukul 6.00pagi, so kami smua turun untuk cop passport. Walaupun time tu awai pagi, tapi tersangat la ramai kot. Mujur kaunter macam buka banyak, so proses cepat jugak la. Naik bas lagi. Kami berhenti dekat Pekan Danok lak. Cop passport lagi untuk Thailand side. Tadi punya side Malaysia. Dekat situ kena kuaqkan beg sebab depa nak scan. Aihhh sangat tak suka nak tnggu. Kaunter buka ada la 3 kot. Orang ramai gila!
Muka tak semenggah haha Ni dekat Hatyai dah. Tgu van |
Settle tiket bas nak balik, kami book lak van utk ke Krabi. Kami amik van senang sbb teksi takut mahal. Yala perjalanan 4 jam kot dari Hatyai ke Krabi. Alahaiiiiii. Hahaha. Ok caj dia, sekepala 350 baht. Ok aku bagi tips ya. Nak senang congak duit Siam ni just tolak 0 kat belakang tu. Mudah ja wei. So 350 baht caj van tu, maknanya dalam RM 35 sekepala. Van mai pukul 9 pagi time Siam. Tara nak kutip orang yg nak naik van depa tu, dalam pukul 10 camtu baru betul2 bertolak. Dalam 1 van ada la dalam 12 orang kot. Senang toi buat duit hahaha. Perjalanan dalam 4 jam. Aku bapa kali tidoq pun tak tau la. Kami singgah Pekan Trang utk take five. Dan la buang apa yang patut. Hahaha. Kak Zai dengan Atin sempat pekena Lock Ching. Pulun depa ni haha. Aku memula macam ragu2 jugak la. Yala halal ke x. Tapi kebanyakan yang jual tu adalah Islam. So macam tak risau sangat la.
Kami sampai ke Krabi dalam 2 petang lebih. Tu pun van driver tu tau xtau sangat jalan nak p hotel kami. Aku booked The Sun Bangalow Ao Nang. Bila aku tengok jalan ke hotel ni, dalam hati aku, "Adoiii jauh gak la dari Ao Nang Beach". Dem haha. Nak amik yang dekat dengan Ao Nang beach, bapak mahai oiii. Hotel kami amik di tepi jalan, tapi dalam hutan kit. Sunyi, tenang lak aku rasa. Tak pa try dulu kan. Kami sampai tu disambut oleh owner The Sun Bangalow tu, Reed nama dia. Kecik2 orangnya. Hensem gak la hahahaha. Pulun hg Leya oi!
Patut ritu kami mai berempat, aku book 2 bilik, tapi one of kawan aku tak jadi, so kami bertiga ja. Bilik satu dah cancel. Masukkan sorang ag dalam bilik yang berdua, Reed terpaksa caj kami. Tapi bagi aku tak mahal sebab, 2000 baht utk 2 malam. Bahagi 4 (sebab kwn aku yang cancel last minit-dia kena bayaq jugak). So sorang 500 baht, Wei RM50 sorg tu 2 malam. Tersangat la awesome. Dah setel check in, cepat2 kami masuk bilik. Nak mandi oi. Badan seyes berlengas macam hapa ag. Hohohoho.
Later, continued for next activity on 2nd day .... hahahaha
No comments:
Post a Comment