16th April 2014 – Rabu
Hari keempat, hari terakhir di Bandung. Esoknya sudah mahu pulang yey. Hahaha. Hari ini kami xpi breakfast dekat hotel. Sebab semalam p makan gila punya kenyang haha. Bangun pagi kononnya Sue, Fatin, Ain dengan Dell nak p makan dekat restoran yang perjalanannya dalam 15 minit berjalan kaki. Depa katanya nak p makan nasik uduk, iaitu nasik lemak. Kekeke. Aku xjoin pun, malas la sebab nak menapak tu aku xsuka. Aku duk dalam hotel ja and makan megi. Barang dh kemas sbb aku book untuk 3 malam ja. Malam terakhirnya aku book Zodiak Asia Afrika.
Hari ini Ari mai lambat sikit, dalam pukul 8.30 pagi. Destinasi seterusnya hari ini kami ke Tangkuban Parahu. Dekat situ yang banyak aku baca dari blog supaya berhati2 dengan penjual jalanan situ. Masa dalam kereta pun Ari dah pesan jangan beli langsung barang dekat situ. Harga tidak munasabah. Ada aku baca dr blog mana ntah dia terbeli tasbih berharga 400k rupiah. Gilos. RM120 kot. Hukhukhuk.
Kami sampai sana dalam pukul 10-11pagi camtu. Masing2 amik keputusan nak tinggalkan beg dekat kereta. Kami just bawak camera, DSLR, handphone masing2. Siap dengan monopod lagi. Selfie gitu hahaha. Masa sampai tu, kira buka pintu kereta, berduyun dah orang mai berjual. Huhu. Aku macam besa muka kering ja. Hati memang la kecian. Tapi tu la. Kadang benda yang depa jual tu aku mmg xmau pun. Hukhuk
Kami turun sana trus untk bertangkap gambar. Huhu. Sana aku xtahan gila bau sulfur dia. Orang yang berjualan tu xyah cakap la. Ikutttttt ja huhu. Kami selfie2 sat, gedik2 sat. then trus balik. Tapi pada jugak la duk dekat sejam lebih. Kami pun bergerak ke Floating Market lak. Dekat situ ada org jual2 makanan dalam boat and float ats tasik. Sorang berapa ntah aku tak ingat. Dekat situ nak bayar makanan kena guna token so kena tuka dulu dekat kaunter. Bila dah tuka pulak, kena pakai bagi abis, kang xdak refund.
Pi situ memang awesome. Kami kira dah xyah cari restoran tuk lunch, sebab siap kedarah dekat Floating Mkt. Hahaha. Harga dekat situ pon leh tahan murah. Masing2 antara kami beli makanan yang lain2, so leh pakat merasa la. Kami stay sampai la solat zohor. Sebelum nak kuaq tu, tiket masuk tadi kami bawak ke kaunter air sebab dapat air free. Aku amik milo panas. Lepas ja settle dekat Floating Mkt, kami ke arah Rumah Mode dengan Factory Outlet yang dekat Jalan Dago.
Apa lagi masing2 dah keluar tanduk shopping. Aku ke Fashion House beli baju tuk diri sendri haha. then jenjalan ke FO yang berdekatan tu. Penat tapi best. Kadang malas nak follow depa yang lain, aku lepak la makan. Hahaha. Kerja makan ja aku. Aku ada try minum juice sikak. Iaitu durian belanda. Mmg tak abis hehehe. Aku pas dkt Ain dengan Sue. Depa yang abiskan minuman aku. Gila pahit semacam ja. Haha. dekat situ aku withdraw lagi 1 juta rupiah sebab kawan aku, Aniza ada masukkan duit suruh beli telekung. Duit itu aku pas kan dekat Ain sebab depa ada 1 hari lagi esok. Masa berlalu dengan pantas. Siang beranjak ke malam. Lepas pada tu, kami bergerak ke Chimpelas Walk. Dekat situ barang dia macam mahal2, sebab dia macam Mall. Kami jenjalan dekat kedai2 tepi tu. Fatin cari sweater. Aku lak pekena pisang salai. Sedap. Recommended beb. Better amik yang original lagi sedap. Yang perisa lain macam coklat, cheese ada gak. Tapi aku tengok pelik jo. Hahaha.
Settle ja dekat situ, kami ke Kartika Sari. Yaayyy. Beli brownies. Memang gila la. Ain paling banyak beli. Sampai 2 raga haha. Aku banyak gak la. Kira muat 1 kotak aku sorang ja, Situ aku abis kan 300k rupiah. Dasat !! Bukan singgah lama pun, just grab apa yang nak terus. Then pay for that. After that, aku ke Amanda jugak. Time tu barang tinggal xbanyak. Aku amik la bayam celup tepung, then brownies apa ntah amik je la. Sebab budget nak abis kan duit yang ada tu. Wat rugi ja wak lik Malaysia. Rate dah murah.
Settle shopping. Phewww. Penat. Kami terus gerak ke hotel. Perut pn dah lapar. Kami ke hotel Naripan dulu, amik barang aku and Sue. Sebab kami nk check in Zodiak Hotel lak. Amik barang then g makan dulu. Ari bawak p kedai makan tepi jalan, dia kata ok dekat situ. Try p la noh. Sedap gak makanan dia and yang paling penting, murah. Keekke. Aku dah malam last aku belanja la si Ari tu. Murah ja makanan utk 2 org. Boleh tahan.
Lepas makan ja, Ari hantarkan dulu Fatin, Ain dan Dell ke Naripan Hotel, and then terus langsung ke Zodiak Hotel. Aku cepat2 check in n masuk hotel. Bilik leh tahan gak and yang penting WIFI laju. Masa dah masuk bilik tu, aku terus kemas barang dulu. Risau pasal berat. Kami ke kedai maca 7-eleven depan hotel, beli air. Ofismate pesan nak Nescafe French vanilla. Seb bek ada, time tu lak ada sport bag. Memandangkan aku dah xdak extra beg so kena amik la. Time tu duit rupiah tinggal dalam 102k rupiah ja. Beli punya beli harga dalam 117k rupiah. Alamak tak cukup. Aku try guna debit card and credit card aku tapi mesin dorang tak allowed. Last2 depa kata wak mai lagi RM 5 kat depa. Kira selesai ja. Aku pun pa lagi bagi la. Lega aku. Memang licin terus duit rupiah aku. Aku tinggal semata duit airport tax ja. Perghh dasat.
Balik bilik, terus mandi and tidooooooo....
No comments:
Post a Comment