Monday, April 21, 2014

Trip ke Bandung - 2nd Day

14th April 2014 - Isnin

Sini semua lewat sejam dari Malaysia, kami bangun dalam pukul 5 am untuk solat subuh. Aku dekat hotel ni tak amik breakfast, so aku telan megi ja. Dalam pukul 8.00am camtu, Ari dating jemput kami. At this moment, aku dengan Sue ja. Yang lain akan sampai dalam mlm kang. 1st destination, Pasar Baru. Heaven for shopaholic hahaha.

Masa aku and Sue p tu macam adalah kedai yang tak buka ag. 1st kedai aku terpa kedai telekung dulu. Ari yang bawak kan kami ke situ. Memang jadik gila la tengok time tu. Aku sempat sambar 4 helai. 1 untuk aku, 1 untuk mak, and lagi dua, cadang bg adik perempuan aku dan makcik aku. Lepas pada tu, kami ke kedai Fabulous. Di situ ada kain pasang, kain sulam. Memang terbaik la. Aku dgn Sue? Ehmm xyah cakap la. Dah jadi org gila dah.

Dekat Pasar Baru tu, ampa kena pandai la tawar menawar. Yang aku perasan perangai depa ni, depa akan tunjuk yang kain mahal2 dulu. So pandai2 la nak pilih. Selalu yang aku tengok tu, kalau harga mahai, kain dia macam cantik2. Yang murah2, dia kain xbopa ummmphhh sangat. Tapi ikut ampa la nak camna. Pandai2 la menawar harga yang ada. Masa kawan2 yang lagi 3 org tu pi, depa dapat la kurangkan dr harga kami berdua. Lari ada lah dalam 3000 ke 5000rupiah. Ok la. Pandai2 lah. Haha. Di tempat Fabulous shop tu aku abis dekat 1.4juta rupiah jugak la. (Jutawan sangat aku time tu). Hahaha

Sue lagi la dasat. Abis 3juta lebih rupiah. Tapi dia sebab ada order dari orang. Aku mmang xdak. Semua personal and family punya huhu. Lepas berada lama dekat Fabulous tu, kami gerak cari baju I love Bandung. Aku ada tengok dekat blog, dekat Pasar Baru leh dapat 6 helai 100K rupiah. Lebih kurang dalam RM30. Ok sangat la. Ari bawak kan kami ke kedai kawan dia barangkali. Kebanyakkan jual 5 helai. Kedai yang Ari bawak tu jual 6 helai. Aku pun apa lagi berangkut la. Dekat situ ada jual jugak fridge magnet. Murah bagi aku. 6 bundles dapat 100k rupiah. 1 bundle ada 6 keping. Ok sangat.

Lepas tu, kami bergerak ke tempat lain. Konon nak cari baju fesyen2 moden, so kami bergerak ke FO. FO stand for Factory Outlet. FO banyak baju2 yang moden2. Harga mmg xleh tawar sbb dia jual di Mall2. Banyak kami p melilau. Dari FO ke Rumah Mode Jalan Riau. Lepas tu ke The Summit. Aku usyar2 baju tuk anak nakan aku, Qaseh. Comei2 ja baju. And bagi aku murah la dari dekat Malaysia. Sehelai aku dapat dalam 30k rupiah. Dalam RM10 sehelai. Tidakkah gila aku. Sabit Qaseh haluih ja xbnyak sangat baju newborn. Grrr. Geram lak aku. Aihhh

Then ke Terminal TAS, aku cari purse for lelaki. Order dari budak ofis. Dekat situ banyak jenama yang terkenal, macam Mont Blanc, Braun Buffel, Prada dan lain2. Nak kata original, bukan kot. Kalu original xdak la murah cmtu kan. Harga leh tahan murah gak la. Ada yang mahal gak. Gred maybe yang jenis AAA pnya kot. Aku tak sambar pun sbb yang aku nak tu, macam mahai and aku rasa leh dapat dekat Malaysia dengan harga tu jugak. Dekat Terminal TAS tu aku beli order tu kawan aku ja. Then ke Passion shop, amik sweater 1, sbb esok nak p Kawah Putih. Ari cakap dekat situ sejuk. Aku dah la banyak baju T-Shirt ja. Dekat situ aku sambaq sehelai. Harga 120k rupiah. Dalam RM35 cmtu la. Balik Malaysia, nyesal lak ambil 1 ja. Dekat Malaysia mahai jugak sweater yang macam aku punya.

Punya berjalan la kami ni, sampai tak sedar yang tak makan lgsg tengah ari tu. Haha. Pagi aku harap makan megi. Yang Sue mtk Ari singgah MCD. Gila la punya shopping kami ni. Aku pun ari tu saja dah abis 2juta rupiah lebih gak la. Gila2 hahaha. Ingat ya sapa2 yang nak pi Bandung utk shopping, kena spare letak tepi duit. Asingkan siap2 duit anda. Untuk hotel, supir and yang paling paling penting adalah AIRPORT TAX. Hahahah. Kalau xdak airport tax tu, tak balik la ampa. Duk dengan orang Bandung dekat situ kekekeke.

Aku jugak sempat singgah toko anak kecil. Hehe. Gila lagi aku. Yela baju bebudak kecik. Aku grab lagi baju tuk Qaseh. Seronok xsangga dah Qaseh nanti. Sue pun beli gak, sebab adik ipaq dia order. Aku beli baju tidoq dekat Qaseh. Tak dak la mahal mana. Aku dapat dalam 28k rupiah camtu. Baru dalam RM8 kot. Gila la. Seb baik design tak banyak, so aku grab 2 set baju tidoq.

Lepas penat shopping tu, kami singgah Restoran Sangkuriang. Restoran ni aku ad abaca di blog katanya sedap. Aku try la dia punya nasik goring ayam. Gila simple tapi leh tahan sedap. Then aku try gak avocado juice. Buwekkkk xleh p oiii. Pahit hahaha. Orang duk ckp sedap. Aku mmg xleh pi. Buang gutu ja. Haha. Sue order nasik timbel. Dia macam nasik nya bungkuih dalam daun pisang. Sedap gak. Aku siap order koey teaw siram hahaha. Takut lapo malam2. balik tu aku makan. Sedap!
Berakhir sudah hari kedua di Bandung. Ari hantar kami balik hotel. Mula cadang nak follow Ari pi amik bebudak yang 3 orang tu. Tapi gila penat dah. Aku mandi2, terus lena xsedaq diri haha.


No comments: