Monday, April 21, 2014

Trip ke Bandung - Last Day

17th April 2014 – Khamis

Bangun pukul 5.00 pagi. Memang celapak bangun bersiap. Mujur la beg dah kemas2. Tu pun Sue yang tlg. Aku mmang tak reti packing haha. Dalam pukul 6pagi cmtu Ari dah pun sampai. Aku terus check out and kami menuju ke airport Hussein Sastranagara. Masa sampai tu orang macam tak ramai ag. Aku terus bawak muatan untuk discan. Barang banyak so cepat2 pi cari troli. Ari pun siap2 cakap terima kasih then balik ke tempat dia. Kaunter AA ke KL buka pukul 6.30am, so duk cangak jugak la. Dalam hati duk risau pasal muatan aku ni. Sue beli 20kg dan aku lak beli 25kg. So total kami pnya 45kg. Risau terlbih muatan ja. Dah la duit memang kontang baik punya.

Perut time tu la memulas bagai. Aku langsung tak sarapan lagi. Dengan pening kepala bagai. Masa dekat Bandung tak mau nak pening2, ni nak balik wat hal lak. Cett! Airport Bandung ni memang kecik ja tapi bagus la tak gado jalan jauh. 6.40pagi camtu kaunter baru buka. Cepat2 nak check in luggage. Aku time tu memang standby dah, buka ja kaunter terus celapak. Kekekeke. Masa timbang barang lega la sebab cukup2 45kg so tak gado dah extra caj ka apa ka. Uhuuhu. Kalu dak jenuh. Aku terus bayar tax and amik boarding pass. Settle tu kami ke café. Aku tak lalu langsung nak makan. So aku minum lemon tea panas. Perut sakit siot. Siap pi jamban lagi. Ekekekke.

Dalam pukul 7.30 pagi, aku terus ke waiting room. Siap baring atas kerusi. Sakit perut. Takkan sebab makan semalam dekat tepi jalan. Tapi yang lain2 okay ja depa. Aku sorang ja jadi camtu. Tetiba panggilan ke KL dah diumumkan. Kami terus masuk. Sempat lagi gitu snap pic. Huhu.

Perjalanan berjalan lancar saja. Walaupun di tengah2 perjalanan tu, pilot umum cuaca kurang baik, mintak pakaikan seatbelt. Cuak beb. Terus teringat MH370. Huhu. Subhanallah. Mintak simpang. Dalam pukul 11.20pagi waktu Malaysia, Alhamdullilah kami selamat sampai di LCCT.  Terus turun, amik luggage, then pemeriksaan kastam. Alhamdulilah la semua berjalan dengan lancar. Beli tiket bas untuk ke KL Sentral. Then amik teksi ke Ampang. Kami ke rumah Sue sebab aku park kereta aku dekat rumah dia.

Ok misi mencari nasik kandaq. Bye

Trip ke Bandung - 4th Day

16th April 2014 – Rabu

Hari keempat, hari terakhir di Bandung. Esoknya sudah mahu pulang yey. Hahaha. Hari ini kami xpi breakfast dekat hotel. Sebab semalam p makan gila punya kenyang haha. Bangun pagi kononnya Sue, Fatin, Ain dengan Dell nak p makan dekat restoran yang perjalanannya dalam 15 minit berjalan kaki. Depa katanya nak p makan nasik uduk, iaitu nasik lemak. Kekeke. Aku xjoin pun, malas la sebab nak menapak tu aku xsuka. Aku duk dalam hotel ja and makan megi. Barang dh kemas sbb aku book untuk 3 malam ja. Malam terakhirnya aku book Zodiak Asia Afrika.

Hari ini Ari mai lambat sikit, dalam pukul 8.30 pagi. Destinasi seterusnya hari ini kami ke Tangkuban Parahu. Dekat situ yang banyak aku baca dari blog supaya berhati2 dengan penjual jalanan situ. Masa dalam kereta pun Ari dah pesan jangan beli langsung barang dekat situ. Harga tidak munasabah. Ada aku baca dr blog mana ntah dia terbeli tasbih berharga 400k rupiah. Gilos. RM120 kot. Hukhukhuk.

Kami sampai sana dalam pukul 10-11pagi camtu. Masing2 amik keputusan nak tinggalkan beg dekat kereta. Kami just bawak camera, DSLR, handphone masing2. Siap dengan monopod lagi. Selfie gitu hahaha. Masa sampai tu, kira buka pintu kereta, berduyun dah orang mai berjual. Huhu. Aku macam besa muka kering ja. Hati memang la kecian. Tapi tu la. Kadang benda yang depa jual tu aku mmg xmau pun. Hukhuk

Kami turun sana trus untk bertangkap gambar. Huhu. Sana aku xtahan gila bau sulfur dia. Orang yang berjualan tu xyah cakap la. Ikutttttt ja huhu. Kami selfie2 sat, gedik2 sat. then trus balik. Tapi pada jugak la duk dekat sejam lebih. Kami pun bergerak ke Floating Market lak. Dekat situ ada org jual2 makanan dalam boat and float ats tasik. Sorang berapa ntah aku tak ingat. Dekat situ nak bayar makanan kena guna token so kena tuka dulu dekat kaunter. Bila dah tuka pulak, kena pakai bagi abis, kang xdak refund.

Pi situ memang awesome. Kami kira dah xyah cari restoran tuk lunch, sebab siap kedarah dekat Floating Mkt. Hahaha. Harga dekat situ pon leh tahan murah. Masing2 antara kami beli makanan yang lain2, so leh pakat merasa la. Kami stay sampai la solat zohor. Sebelum nak kuaq tu, tiket masuk tadi kami bawak ke kaunter air sebab dapat air free. Aku amik milo panas. Lepas ja settle dekat Floating Mkt, kami ke arah Rumah Mode dengan Factory Outlet yang dekat Jalan Dago.

Apa lagi masing2 dah keluar tanduk shopping. Aku ke Fashion House beli baju tuk diri sendri haha. then jenjalan ke FO yang berdekatan tu. Penat tapi best. Kadang malas nak follow depa yang lain, aku lepak la makan. Hahaha. Kerja makan ja aku. Aku ada try minum juice sikak. Iaitu durian belanda. Mmg tak abis hehehe. Aku pas dkt Ain dengan Sue. Depa yang abiskan minuman aku. Gila pahit semacam ja. Haha. dekat situ aku withdraw lagi 1 juta rupiah sebab kawan aku, Aniza ada masukkan duit suruh beli telekung. Duit itu aku pas kan dekat Ain sebab depa ada 1 hari lagi esok. Masa berlalu dengan pantas. Siang beranjak ke malam. Lepas pada tu, kami bergerak ke Chimpelas Walk. Dekat situ barang dia macam mahal2, sebab dia macam Mall. Kami jenjalan dekat kedai2 tepi tu. Fatin cari sweater. Aku lak pekena pisang salai. Sedap. Recommended beb. Better amik yang original lagi sedap. Yang perisa lain macam coklat, cheese ada gak. Tapi aku tengok pelik jo. Hahaha.

Settle ja dekat situ, kami ke Kartika Sari. Yaayyy. Beli brownies. Memang gila la. Ain paling banyak beli. Sampai 2 raga haha. Aku banyak gak la. Kira muat 1 kotak aku sorang ja, Situ aku abis kan 300k rupiah. Dasat !! Bukan singgah lama pun, just grab apa yang nak terus. Then pay for that. After that, aku ke Amanda jugak. Time tu barang tinggal xbanyak. Aku amik la bayam celup tepung, then brownies apa ntah amik je la. Sebab budget nak abis kan duit yang ada tu. Wat rugi ja wak lik Malaysia. Rate dah murah.

Settle shopping. Phewww. Penat. Kami terus gerak ke hotel. Perut pn dah lapar. Kami ke hotel Naripan dulu, amik barang aku and Sue. Sebab kami nk check in Zodiak Hotel lak. Amik barang then g makan dulu. Ari bawak p kedai makan tepi jalan, dia kata ok dekat situ. Try p la noh. Sedap gak makanan dia and yang paling penting, murah. Keekke. Aku dah malam last aku belanja la si Ari tu. Murah ja makanan utk 2 org. Boleh tahan.

Lepas makan ja, Ari hantarkan dulu Fatin, Ain dan Dell ke Naripan Hotel, and then terus langsung ke Zodiak Hotel. Aku cepat2 check in n masuk hotel. Bilik leh tahan gak and yang penting WIFI laju. Masa dah masuk bilik tu, aku terus kemas barang dulu. Risau pasal berat. Kami ke kedai maca 7-eleven depan hotel, beli air. Ofismate pesan nak Nescafe French vanilla. Seb bek ada, time tu lak ada sport bag. Memandangkan aku dah xdak extra beg so kena amik la. Time tu duit rupiah tinggal dalam 102k rupiah ja. Beli punya beli harga dalam 117k rupiah. Alamak tak cukup. Aku try guna debit card and credit card aku tapi mesin dorang tak allowed. Last2 depa kata wak mai lagi RM 5 kat depa. Kira selesai ja. Aku pun pa lagi bagi la. Lega aku. Memang licin terus duit rupiah aku. Aku tinggal semata duit airport tax ja. Perghh dasat.

Balik bilik, terus mandi and tidooooooo....

Trip ke Bandung - 3rd Day

15th April 2014 - Selasa

Pukul 5 pagi, budak 3 orang mai kacau kami, aihhh nak mampuih depa nih. Hahaha. Nak mai tengok kain katanya. Yang kami beli di Pasar Baru tu. Jenuh layan depa.

Pagi tu kami smua bangun awai. Aku try call reception tnya pasal breakfast. Rupanya bole ja nak breakfast. Bayar 50k rupiah sekepala. Dalam sorang RM15, buffet kot. Tanya yang lain, depa setuju ja, so kami p breakfast. Sedap gak makanan dia. Semua makanan aku try haha. Ari dia mai dalam pukul 8am, 7am kami dah dekat tempat makan, so sejam dekat situ kami makan. Haha. Hari ini kami ke Kawah Putih. Perjalanan dalam 2 jam camtu. Memang bosan sebab Bandung memang macet (jammed). Aku berapa kali tidoq pun xtau la haha. Sesak punya ckup. Depa kat sana main hon2. Aku ada tanya Ari, katanya tu tanda bagi isyarat haluan. Kalau dekat KL, mau kena ligan balik hahaha.

Kalu dekat Bandung, ampa jngan terkejut, di sana depa amalkan cara tips. Orang tuju jalan, org bg haluan jalan ada kat sana. Di sana kan jammed so, nak masuk ke kiri ke kanan ka, depa ada orng penunjuk jalan. So mmg aku tengok la, setiap kali nak belok ke, nak parking ke, Ari akan sua depa tips. Depa dapat 2000rupiah pun dah happy. Dah la orang Bandung sangat polite. Bagus la.

Ok back to journey to Kawah Putih, kami sampai dalam pukul 10 lebih gak la. Sampai2 ada orang jual mask. Aku beli sbb aku xthn bau sulfur dia. Kawasan dia cantik sngt. Ari dipaksa menjadi photographer kami. Hahha. Sapa xtahan duk situ, dia akan macam nak batuk2. Aku memang jadi xselesa tekak. Bukan kata aku ja, Ari yang orang Bandung pon duk terbatuk2 haha. Kat situ bapak punya sejuk, mai ja angin aku jerit dah. Haha sejuk nak terkencing haha.

Then abis ja berfoto2 di situ, kami ke bawah, nak tuntut jus strawberry. Patut dapat 5 gelas, tapi tu elektrik depa ada masalah. So leh dapat 2 gelas ja. Kami mnum lepak kejap. Oh yea lupa, nak masuk Kawah Putih dia ada caj masuk kereta dengan sekepala. Sekepala dalam 25k rupiah. Yang kereta 75k rupiah kot. Kami tong2 ja caj dia. Hat tu tak termasuk dengan price supir. Asing2 ya.

Then turun bawah. Kami ke arah Cibaduyut. Dekat situ ada 1 mall yang harga dia leh tahan la. Dekat situ kebanyakkan aku nampak barang berkulit. Aku sempat cari tshirt utk adik aku. Then kami cross jalan, cuci mata p kedai tepi2 sana. Pesanan sekali lagi, masa kita jalan tu akan ada la penjual jalanan akan approach. Terpulang la pada ampa nak beli ke dak. Tawar la setawar yang boleh. Macam aku, aku tak layan sangat. Aku tolak dengan cara yang baik. Jangan nak maki2 noh, kita dah la dekat tempat orang. Sana depa susah, so macam2 keja depa buat. Kasihan juga aku tapi benda bukan aku nak beli, xkan nak beli kan huhuhu

Duk dekat situ memang lama gak la. Aku beli jugak baju I love Bandung lagi. Dia joi dekat tepi2 jalan ja. Saiz XL leh tahan besaq gak. So grab for 4 helai 100k rupiah. Ok la harga dia. Fatin dengan Ain gila borong depa I love Bandung tu haha. Lepas pada beli semua tu, masing2 dah lemau dah. Lapar time tu dah mai dah, kami pun bergerak panggil Ari. Sebelum kami ke tempat makan, kami singgah sekejap FO dalam perjalanan tu. Banyaknya aku dah p semalam dengan Sue, so just ronda2 camtu ja. Dell, Ain dengan Fatin ja yang pulun.

Dekat nak malam, kami singgah restoran untuk makan. Dekat situ kami try makan keistimewaan dia. Iaitu ikan gurame. Lebih dikenali ikan kaloi. Main bedal order ja time tu. Sedap kot. Time tu xingat dah cerita Bawang Putih Bawang Merah. Hahaha. Selamat masuk perut. Sedap jugak masakan ikan garume. Aku amik goring punya. Siap dengan ayam penyet, sup buntut haha. Itu sebenarnya sup ekor. Sedap!.

Lepas pada makan malam tu, kami ke hotel untuk rehat2. Esok last day bagi aku and Sue. Flight aku pagi Khamis. Hoho

Trip ke Bandung - 2nd Day

14th April 2014 - Isnin

Sini semua lewat sejam dari Malaysia, kami bangun dalam pukul 5 am untuk solat subuh. Aku dekat hotel ni tak amik breakfast, so aku telan megi ja. Dalam pukul 8.00am camtu, Ari dating jemput kami. At this moment, aku dengan Sue ja. Yang lain akan sampai dalam mlm kang. 1st destination, Pasar Baru. Heaven for shopaholic hahaha.

Masa aku and Sue p tu macam adalah kedai yang tak buka ag. 1st kedai aku terpa kedai telekung dulu. Ari yang bawak kan kami ke situ. Memang jadik gila la tengok time tu. Aku sempat sambar 4 helai. 1 untuk aku, 1 untuk mak, and lagi dua, cadang bg adik perempuan aku dan makcik aku. Lepas pada tu, kami ke kedai Fabulous. Di situ ada kain pasang, kain sulam. Memang terbaik la. Aku dgn Sue? Ehmm xyah cakap la. Dah jadi org gila dah.

Dekat Pasar Baru tu, ampa kena pandai la tawar menawar. Yang aku perasan perangai depa ni, depa akan tunjuk yang kain mahal2 dulu. So pandai2 la nak pilih. Selalu yang aku tengok tu, kalau harga mahai, kain dia macam cantik2. Yang murah2, dia kain xbopa ummmphhh sangat. Tapi ikut ampa la nak camna. Pandai2 la menawar harga yang ada. Masa kawan2 yang lagi 3 org tu pi, depa dapat la kurangkan dr harga kami berdua. Lari ada lah dalam 3000 ke 5000rupiah. Ok la. Pandai2 lah. Haha. Di tempat Fabulous shop tu aku abis dekat 1.4juta rupiah jugak la. (Jutawan sangat aku time tu). Hahaha

Sue lagi la dasat. Abis 3juta lebih rupiah. Tapi dia sebab ada order dari orang. Aku mmang xdak. Semua personal and family punya huhu. Lepas berada lama dekat Fabulous tu, kami gerak cari baju I love Bandung. Aku ada tengok dekat blog, dekat Pasar Baru leh dapat 6 helai 100K rupiah. Lebih kurang dalam RM30. Ok sangat la. Ari bawak kan kami ke kedai kawan dia barangkali. Kebanyakkan jual 5 helai. Kedai yang Ari bawak tu jual 6 helai. Aku pun apa lagi berangkut la. Dekat situ ada jual jugak fridge magnet. Murah bagi aku. 6 bundles dapat 100k rupiah. 1 bundle ada 6 keping. Ok sangat.

Lepas tu, kami bergerak ke tempat lain. Konon nak cari baju fesyen2 moden, so kami bergerak ke FO. FO stand for Factory Outlet. FO banyak baju2 yang moden2. Harga mmg xleh tawar sbb dia jual di Mall2. Banyak kami p melilau. Dari FO ke Rumah Mode Jalan Riau. Lepas tu ke The Summit. Aku usyar2 baju tuk anak nakan aku, Qaseh. Comei2 ja baju. And bagi aku murah la dari dekat Malaysia. Sehelai aku dapat dalam 30k rupiah. Dalam RM10 sehelai. Tidakkah gila aku. Sabit Qaseh haluih ja xbnyak sangat baju newborn. Grrr. Geram lak aku. Aihhh

Then ke Terminal TAS, aku cari purse for lelaki. Order dari budak ofis. Dekat situ banyak jenama yang terkenal, macam Mont Blanc, Braun Buffel, Prada dan lain2. Nak kata original, bukan kot. Kalu original xdak la murah cmtu kan. Harga leh tahan murah gak la. Ada yang mahal gak. Gred maybe yang jenis AAA pnya kot. Aku tak sambar pun sbb yang aku nak tu, macam mahai and aku rasa leh dapat dekat Malaysia dengan harga tu jugak. Dekat Terminal TAS tu aku beli order tu kawan aku ja. Then ke Passion shop, amik sweater 1, sbb esok nak p Kawah Putih. Ari cakap dekat situ sejuk. Aku dah la banyak baju T-Shirt ja. Dekat situ aku sambaq sehelai. Harga 120k rupiah. Dalam RM35 cmtu la. Balik Malaysia, nyesal lak ambil 1 ja. Dekat Malaysia mahai jugak sweater yang macam aku punya.

Punya berjalan la kami ni, sampai tak sedar yang tak makan lgsg tengah ari tu. Haha. Pagi aku harap makan megi. Yang Sue mtk Ari singgah MCD. Gila la punya shopping kami ni. Aku pun ari tu saja dah abis 2juta rupiah lebih gak la. Gila2 hahaha. Ingat ya sapa2 yang nak pi Bandung utk shopping, kena spare letak tepi duit. Asingkan siap2 duit anda. Untuk hotel, supir and yang paling paling penting adalah AIRPORT TAX. Hahahah. Kalau xdak airport tax tu, tak balik la ampa. Duk dengan orang Bandung dekat situ kekekeke.

Aku jugak sempat singgah toko anak kecil. Hehe. Gila lagi aku. Yela baju bebudak kecik. Aku grab lagi baju tuk Qaseh. Seronok xsangga dah Qaseh nanti. Sue pun beli gak, sebab adik ipaq dia order. Aku beli baju tidoq dekat Qaseh. Tak dak la mahal mana. Aku dapat dalam 28k rupiah camtu. Baru dalam RM8 kot. Gila la. Seb baik design tak banyak, so aku grab 2 set baju tidoq.

Lepas penat shopping tu, kami singgah Restoran Sangkuriang. Restoran ni aku ad abaca di blog katanya sedap. Aku try la dia punya nasik goring ayam. Gila simple tapi leh tahan sedap. Then aku try gak avocado juice. Buwekkkk xleh p oiii. Pahit hahaha. Orang duk ckp sedap. Aku mmg xleh pi. Buang gutu ja. Haha. Sue order nasik timbel. Dia macam nasik nya bungkuih dalam daun pisang. Sedap gak. Aku siap order koey teaw siram hahaha. Takut lapo malam2. balik tu aku makan. Sedap!
Berakhir sudah hari kedua di Bandung. Ari hantar kami balik hotel. Mula cadang nak follow Ari pi amik bebudak yang 3 orang tu. Tapi gila penat dah. Aku mandi2, terus lena xsedaq diri haha.


Trip ke Bandung - 1st Day

13hb April 2014 - Ahad

Hari yang dinantikan telah pun tiba haha. Lama aku x updet kan. Last aku updet pasal Krabi. Not too long, ni pasal Bandung lak. Oh yeah. Today, aku masuk pagi. But half day sbb konon nk p airport awai. Aku dgn opismate aku, Shuhaibah a.k.a aku pnggil Sue. Keja rini sngat la relaks dan siap ada fire drill lg. Ok bagus haha.

Utk trip ke bandung, aku nak gak story on my experience. Tiket flight aku dh booked lama dh. Dr Nov 2013 lagi. Sapa2 nak p tu kena la book tiket flight, xkn nk p nek bas kan. Haha. Much better kalu leh amik promo rate. Masa aku book tu, just dpt promo rate departure time ja. Hukhukhuk. Tp for me, affordable la. Sorg dalam 250++. Utk hotel aku amik The Naripan Hotel. Sorg dalam RM150. Cmna dia punya hotel tu, nanti aku story mory.

Disebabkan aku n kawan2 aku yang lain (oh ya kami pi berlima, tapi tuk 13/4, aku p dulu dgn Sue. Yang lain akan folo esoknya pd 14/4). Kami ni first timer so for better safety and secure and bla bla bla, aku dh deal dgn supir yakni, DOM Rental. Ni suggestion dr kawan aku la, Baya. Dia dh p dh last year. So dia suggest hat supir ni. Total 5hari dgn destinasi yg dah ditentatif kn oleh depa, maka dgn itu charge dia ada 2juta rupiah (pehh juta tuuu). Dalam ringgit dalam RM600. So kongsi 5, sorg jadik RM120. Ok la bg aku sbb utk 5hari.

Aku dah tuka duit rupiah sebanyak RM1300. So dpt dalam hmpir 4.5juta rupiah. (Aku kayaaaa!! Haha). Rate aku dpt lain2 tp currently skrg 1juta bersamaan RM291. Terpulang pada masing2 nak tukar bapa bnyak.  Tapi jangan lupa aktifkan penggunaan luar negara utk kad2 bank ampa, termasuk credit card for cc user la. Kot la overbudget leh la tampung2 hihi. Aku dh aktifkan yeayy!!.

Ok back to my journey, aku kuaq opis pukul 10.30pgi. So smpat la nak tdoq sat. Ngntok woi sbb keja pagi. Kena bangun awai. Aku nasib baik dah pon kemas2 barang. Pi Bandung adalah sbb nak shopping. So aku suggest xyah la nak bawak baju bnyak2 bagai. Aku just bwk 2lai ja sbb target beli dkt sana. Haha. For lady, yg dalam2 punya pakaian, sndri mau igt nk bawak bnyak mna. Bole nk beli kt sana, tp from my stdy dkt blog2(mcm besa, haruslah stdy dkt blog2 org yg penah p kannnn), hrga undergarment dkt sana agak mahai then xde brand lak. So better bwk yg sndri.

Travel plug jgn lupa, kang tak ber"cas" kamera n henpon ampa smua. Hihihi. Aku siap bawak extention plug lagi. Punya pulun haha. Ubat2 kalu leh spare p pon xpa. Aku siap bwk ubat chery bery, mnyak angin, tiger balm haha. Semgat. Tudung aku bawak yg bole matching bnyak bju. Then utk kasut, aku lebih prefer pkai sneaker or sport shoe. At lez sng nak brgerak.

Utk luggage, aku combine dgn Sue so muatan kami 45kg. Sila la add on ya kawan2, so kena bdget nak shopping banyak mana berpdnan dgn weight luggage. Jgn xsdaq diri lak. Haha. Rasa xckup sila la add on sblum balik. Kang xpasal nak kena bayaq extra caj dkt AA disbbkan muatan tu. Hukkkk. (Mtk smpang la aku ni)

Aku brtolak ke LCCT pd pkul 3ptg cmtu. Park keta dkt umah Sue, then adik dia antaq p airport. Kami smpai dalam 4lebih. Oh ya, dalam 1,2 hri sblum bertolak, digalakkan web check in la utk kesenangan anda. Kalu pndai guna dkt apps or dkt tenet, better web check in siap2. Aku smpai sana dalam 4ptg lebih. Jammed siot ja haha. Kami mkn Marrybrown dlu alas perut. Then drop baggage. Aku beli siap2 dh sblm boarding 20kg. Lepas pd baggage drop, tgu nak masuk gate. Declaration custom kena buat gak ya. Cop passport. Cuak aku masa scan sbb ttba bunyik. Sorg pengawai kastam pmpuan mai raba2 aku. (Auwwwww....). Rupanya sbb tali pinggang aku. Haha. Choiii ja aku rasa.

Flight delayed hampir 1jam. Ptt boarding pkul 7.45pm. Pukul 8.30pm bru nak berlepas. *Annoyed*
Ok first time aku naek flight. Cuak baq hg. Siap pening and nk trmuntah. Masa nak naek tu siap gegar baik pnya. Hai hai. Ayat Kursi xlepas dr bibir aku. Hukhukhuk.

Sampai di Aiport Hussein Sustranagara dalam pkul 10mlm waktu Bandung. Depa sana lewat sejam dripada Malaysia. Proses tuntutan bagasi sangat lama. Sepasal nk tunggu bag dkt situ. Kawasan airport ni kecik sangat. Ambik bagasi ja, supir dah tunggu. Aku booked supir dari DOM Rental Car. Supir yg akn follow aku n the gang, nama dia Ari.

Then trus ke The Naripan Hotel, check in then tdoq for tomorrow activity.

P/s : masa sampai ja dekat dalam kereta Ari bagikan aku n Sue simkad indonesia. Foc lak tu kekekek. Terus mtk Ari ptongkan sim then pasang dekat Hp. Yeay ada tenet. Tak gado nak cri WIFI. Sim dekat sana bnyak yang guna SimPATI. Simpati sungguh namanya kekekeke.

Wednesday, April 2, 2014

Trip to Krabi - Part 5 (4th day)


Ahad (23 Mac 2014)

Sambungan ke part 4

Panjang gila toi entry aku ni haha. Dah la jenuh nak mengingat isipati apa yg aku buat. Pasni utk entry trip to Bandung, aku kena siapkan nota kot. Choiii pulun aih haha. Ok utk part 4. Part terakhir kot. Ahad aku bngun lewat sikit. Tapi kena bersiap awai gak. Sebab driver van yg nak ke Hatyai akan pick up kami pukul 10pgi. So pakat2 la kmi brtiga ni kemas beg bagai. Ttba beg jd berat haha. Pasni kena pandai2 la budget baju haha. Kami siap dlm 10am cmtu. Teruih check out hotel. Reed pon ckp nanti mai la lagi. Insya Allah ada masa n wangnya pasti aku ulang balik mai sini. Ada bnyak tmpat lain g nk p. Haha

Dalam pkul 10.15 cmtu driver tu mai dh. Lega. Ok time to go back to one of the busiest city on Malaysia, Kuala Lumpur. Hahaha. Perjalanan macam besa la 4jam kot. Aih bapa kali aku tdoq, pehtu terjaga lak. Gila meluat aku. Lmbat2 huhu. Kami smpai dalam pukul 2-3ptg cmtu la. Bas lak pukul 7malam. So kami p makan dlu. Masa nek van tu dia ada lalu dkt 1 restoran kelantan. So kmi p cri. Jumpa sat ja. Then makan. Sedap sgt. Mmg terbaik. Xmahal lak tu. Dalam 530 baht cmtu. Amik tomyam campuq, pastu kerabu sotong, teloq dadar. Ok sgt. Perut pon kembung dh. Then pusing2 pekan Hatyai aku mlas dh. Atin n Kak Zai ja pi. Nak cri apa xtau. Aku p balik dekat HQ Alisan tu. Sana ada WIFI dgn plug. So aku lepak2 layan tenet ja. Ngntok gk tp aku tgu naek bas. Smpai 6ptg cmtu Kak Zai n Atin dh balik mai. Depa beli apa xtau. Haha.
Kerabu awesome!!


Terbaik - dkt kedai kelate d'Hatyai


Pkul 7pm bas dh mai. Kami cepat2 naek. Aku xlrt dh. Lemau gk la. Haha. Lepas ni kena make sure mai Krabi naek flight lak. Haha. Nak adventure n jimat bole la naek train/bas. Tp Hatyai aku xdan explore. So bole la mai nti. Dlm 7.15pm kmi bertolak. Aku xtgu dh, trus tdoq. Mendenguq ka apa aku xtau dh. Lantak p kt depa. Haha. Bas ni driver tu bawak agak laju. Sbb sedaq time tu jam dlm pkul 8lebih dkt 9pm, kmi dh smpai dkt border Thai. Kami trun utk cop passport. P depan sikit immigration utk Msia lak. Cop passport n scan beg. Cepat sgt proses dia sbb org xramai pn. Bas gerak balik n stop dkt Changloon. Lepak makan dkt mamak dkt situ. Buang apa yg ptt haha.

Smpai KL dalam pukul 6am pagi cmtu. Time tu time Malaysia la. Kuaq dr Thailand ja truih tukaq masa Malaysia haha. Kak Zai dgn Atin decided nak naik LRT balik rumah. Aku lak naek teksi. Mmg kapak abis la. Dgn nak ke Ukay Perdana kan. Tpi dh penat ni aku dh malas dh. Main bayaq ja. Sampai umah dlm 6.30pg cepat2 mandi n tdoq. Perghhhhh

Ok selesai dh sudah journey to Krabi haha. Now aku senaraikan budget aku dekat Krabi. Kot bole ampa semua nak bdget cmna.

Tiket Bas : RM100
Tiket Van dr Hatyai ke Ao Nang : RM75
Hotel : RM50
Pakej Phi Phi : RM100
Budget Sourvenir : RM70
Massage : RM55 (2x massage)
Budget Makan/Minum : dalam RM100
Total Budget : RM550

Begitulah nampaknya perjelasan aku. Ikut pada ampa la nak bdget cmna. Aku xshopping sgt dkt sana sbb bg aku hrga dia sma lebih kurang ja dkt KL. Aku simpan nafsu aku nak shopping nti dkt Bandung haha. Kojaq x. Ol la nanti aku updet entry p Bandung lak ye.


Trip to Krabi - Part 4 ( Continue story on 3rd Day)

Sabtu (22 Mac 2014)

Sambung balik haha.

Boleh gagah dak aku nih. Bapak penat duk menaip ja. Lenguh oi.

Konon kata nak dera jari semalam ni. Haha memang tak jadik. Ok sambung dari topik semalam. Dekat mana ntah. Err dekat Maya Bay tu kan. Ok ingat dah. Maya Bay. Kami stay dekat situ ada kot dalam 40 minit. Siap wat kuak lentang bagai, dah jadik ikan duyung dah haha. Snap picture itu wajib haha. Kira naseb baik la henpon aku tu bukan kalis ayaq. Kalu dak memang sahih tangkap dalam ayaq. Ayaq dah la lawa. Jernih ja wei. Duk kata dekat PD elok, ishhhh sana elok lagi la aih. Indahnya ciptaan Allah. Kagum aku. 

Dalam pukul 4 camtu, kami dah nak mula gerak balik. Aku dah terasa penat dah. Letih siap semua la.
Kaki sampai naek ataih aih!
Boat dah gerak, tapi xjauh dari Maya Island tu, geng Ice tu stop dekat tgh2 laut. Ish jernih baq hg. Dgaq dia jerit sapa nak snorkelling. Aku pun apa lagi, celapak xdak dah dekat dia. Haha. Amik hat alat yang macam gugel mata tu haha. Nama pa xtau aih. Then dgn life jacket. Mula mcm excited gila aku ni. Konon nak snorkelling bagai. Dah la first time aku ni uwawa. Aku pun amboi kemain terjun teruih ja. Last2 macam tergapai. Aku macam dah panik sebenarnya. Aku at the first mmg dh pakai contact lens so no hal nak pakai gugel tu. Gugel tu kan tutup sampai hidung, patut nk bernapas ni aku guna mulut. Tapi panik lak time tu, tertarik napas guna hidung. Makin ketat la getah tu melekat dekat muka. Wahhh macam nak putus nyawa oi. Aku relaks2 kit then baru dah balance kan badan. Bila dh ok tu, baru berani kan untuk selam kepala nak tengok ke bawah tu. Masya Allah, kagum aku tengok. Coral dia yang sangat cantik. Ikan berenang2 dekat ja dgn kaki aku. Sayang sangat tak dak kamera yang kalis ayaq. Nak tangkap gambaq. Sekadar bole tgkap suasana tu menjadi memori aku.

Teruja sangat. Dengan first time lak snorkelling. Peh tu melihat keajaiban yang Allah cipta. Dalam sangat aku tgok. Agak2 bapa kaki noh. Ishh seram aku masa tu. Kak Zai terjun gak. Dia pn muka cuak ja. Haha sampai si Ice tu tarik tangan Kak Zai bagi dekat dengan boat. Tapi apa2 pun itu pengalaman yang indah bagi aku. Yela, ni la kali pertama aku pergi berjalan2 luaq dr Malaysia. Selalu duk berjalan dekat dalam Malaysia ja. Haha. Tapi orait la aku cuti2 Malaysia dulu. Ni dah sampai Thailand. April kang, aku p Indonesia lak. Hukhukhuk

Ok2, back to the topic. Kira nak menyimpang saja aku ni. Ngee. Dah setel ja kami dengan aktiviti snorkelling tu. Boat pon kira nak balik dah, jam pun dah 4 lebih dah. Budget nak balik sebelum 5 ptg. Masa otw nak balik tu, aku lena. Pergghhh xsedaq dah. Kak Zai kojaq la, dia tgkp gmbaq aku duk lena. Siap ternganga haha. Gila penat. Dengan tangan lenguh. Ahh sudah. Jenuh nak tdoq aku nanti. Cadang nak balik cepat2 hotel, pastu mai Ao Nang beach, nak tgkap sunset. Tapi apakan daya tak sempat. T_T

Kami smpai hotel dah pukul bapa dah, dengan nak mandi bagai. Nak bersiap lagi, mmg lmbat la. Lumrah wanita. Hiksss. Macam besa lepas mandi ja, nak kuaq p Ao Nang, Reed dh standby nak antaq. Mmg terbaik la dia ni. Kalau nak mai Krabi, mengimpikan suasana sunyi, The Sun mmg best. Ala mmg jauh dr Ao Nang beach, tp Reed terbaik. Bole antaq and pick up. Kalau xnak pun, bole sewa moto. Dekat sepanjang jalan nak ke Ao Nang beach, ada banyak kedai yang buat utk sewa motor. Harga depend on jenis moto yang ampa nak amik la. Ada yang 200 baht, ada yang 250 baht. Selalu sewa depa amik 24 jam la. Kalau separuh hari xsure lak depa allowed ke tak,.

Petang tu mmg xsempat untuk sunset. Masa Reed antaq smpai pantai tu, matahari dh trun dah. Huhu. Walaupun time tu baru 6.00 petang lebih, tapi keadaan sekeliling macam dekat Malaysia ja. Yela time 6ptg dkt Thailand, dah 7 malam dah dekat Malaysia. (Entah betoi ke x teori aku nih.... (=_=)) Hahaha. Apa2 pun malam last dekat Krabi so kami bertiga berjalan2 dekat Ao Nang tu. Tangkap gambaq apa yang patut dekat situ. Then Kak Zai dngan Atin nak shopping brg. Aku teman ja. Barang dekat Ao Nang mcm mahai. Yala harga bkn lari bnyak mana pun. Biaq nanti dekat Bandung, aku shopping puas2 huuuuu. Ikut Kak Zai dgn Atin mmg lenguh kaki aku oi. Dah puas berjalan, kami p makan. Kali ni kami makan dekat kedai makan Jamai. Jgan risau situ mmg halal. Kedai ini pun aku cedok dr blog orang yang pernah dtg Krabi. Haha. Xdak la sedap sngat. Tapi bole la kenyangkan perut. Aku makan abis dalam 170 baht camtu. Makan nasik goreng Thai, dan Pancake!! Yeayy hahaha. Duit pun dah susut haha. Aku dan tukar lagi RM 50. Tapi bukan nk kata la rate dekat Ao Nang macam ok sikit dari dekat Malaysia. So lain kali nak mai nanti, tukaq sikit ja dekat Malaysia.

Lepas ronda2, makan2, kami decided nak massage ag. Hihihi. Kami pi dekat kedai lain. Kali ni kami amik hot oil massage. Pergh sedap wei. 1 badan kena massage dgn hot oil. Sedap ja. Dah la badan lenguh sebab Phi Phi Island trip tu, kena lak urut kuat. Mmg terbaik, Kami abis massage dalam 10 lbih. Reed janji nak pick up kami depan MCD, dalam pukul 11pm. Aku sempat je beli pancake banana coklat. Beli sampai dua. Haha. Balik hotel jenuh makan. Huhu dah malam last. Esok dh nak balik. Van akan amik kami dalam pukul 10.00 pagi esok.

Last part on Krabi trip to be continue....

Tuesday, April 1, 2014

Trip to Krabi - Part 3 (Journey on 3rd Day)




Sabtu (22 Mac 2014)

Bangun awai. Sejuk oiiiiii. Dah la, air con baik punya hala dekat aku. Malam tu nak tdoq payah, besa la tempat asing kan. Terus masing2 mandi dan bersiap. Phi Phi Island trip yeayyyy!! Akan ada org pick up kami dalam pukul 8.00 - 8.30 pagi camtu dekat tepi jalan. Semangat nih. Aku dengan standby DSLR aku, henpon aku. Siap bercas penuh. Nak tgkap gmbaq pnya pasal nih. Hahaha. Masa tgu bas nak pick up, Reed pun mai jugak. Dia mai teman kami, takut kami salah naek bas katanya. Bagus la dia. Dalam 8.40 pagi camtu, ada bas mai amik kami. Bas macam bas kilang haha. Lawak!

Dalam bas kilang bak kata Kak Zai. Hahaha!

Ramai la folo dalam bas time tu. Sampai dekat check point depa tu, depa cepat bahagi group. Speed boat mmg bnyak. So mmg ramai la group. Mjur kami book awai. Mmg banyak dh sold out, dh penuh. Ramai lak org. Maklum la, kami mai time peak season. Selalu peak season ni dari bln 11 smpai bln 3. Mmg ramai la group aku nih. Ada kot dalam 20-25 org.

Kami bertolak dalam pkul 10pagi, aku igt lagi tourist guide kami nama dia ICE hahaha. English dia so-so la, bole la fhm kit. 1st island kami p BAMBOO ISLAND. Perjalanan kami dalam 40,45 minit camtu la. Cantik wei pantai dia. Jatuh chenta sudah dengan Krabi.. Wink wink

Bamboo Island

Falling in love with the beach
Gmbaq yg ats tu bkn aku mik dr blog2 or web search. Itu asli dr DSLR aku. Perghhh cantik kan. Aku ada edit gmbaq tu. Pergh mmg awesome and beautiful!

Supposed kami duk Bamboo Island dlam setengah jam. Tetiba Ice tu cakap boat rosak, kena tgu org mai repair. Sejam jugak la kami smua cangak dekat situ, Dengan lpaq punya cukup la. Dah la tengok group mana ntah baik punya buka buffet duk makan Sedap ja aku tengok wei. Uwawawa.. Dari aku duk cangak and buang masa, aku siap lena dekat pondok dekat island tu. Dalam 12 lebih gak la baru siap boat tu. Ice cakap sllu trip ni abis pkul 4ptg, tapi sebab jadik hat rosak tu depa ganti balik sejam dgn kami balik 5ptg. Bole laaaa. Choiii hihihi.

Then perjalanan diteruskan. Kami ke Phi Phi Don Island, rupanya singgah mkan. Company depa ada port utk makan. Agak elok dan proper dari makan dekat tepi pantai tadi. Macam grup tadi tu la. Dah la tu makanan yang depa provide dkat kami, sangat la awesome. Ada nasik, tomyam, pad kapao (xtau eja betoi ke dak hahaha), spagetti. Mmg makan sakan la aku ni. Tak pandang kiri kanan dah. Sedap dan puas la.

Usai ja makan tengahri, kami gerak balik. Kami ke Monkey Island. Dekat situ xleh nak stop lepak2 macam dekat Bamboo Island. Dia bukan tempat yg ssuai sgt la.


Monkey Island
Tengok pd gambaq dia, mmg xleh nk landing. Dia sebab xdak pasir kot tu yang xleh nak landing asanya. Just tgok dr jauh saja. Ada la dalam 10 - 15 minit kami duk tngok.

Then perjalanan diteruskan. Kami menuju ke Maya Bay, the fantastic place! Seyesly mmg cantik tempat tu oihhh. Hahaha. Nk smpai ja dekat situ, mata aku menatap ayaq laut dia. Indah sungguh ciptaan Allah Taala. Sayu ja tengok. Memang cntik sangat aku tengok. Seyes jatuh cinta!

BFF @ Maya Island


The nicest place i ever seen


Maya Island

To be continue .....................................

Trip to Krabi - Part 2 ( Continue story on 2nd Day)




Jumaat (21 Mac 2014)

Sambungan Part 1. Hahaha

Aku mmg nak dera jari aku kali ini. Hahaha kena updet cepat2 takut lupa satgi. Ngee. Ok back to the topic. Lepas ja check in tu, kami masing2 nak mandi la. Pakat berebut la haha. Lupa nak snap gmbaq dalam bilik tu. Letih punya pasal lupa nak snap. Bilik dia ok, ada 2 katil single. Actually silap lak amik single, patut amik Queen size tapi xpala huhu. Memandangkan aku yang berbadan comei ni, aku mik 1 katil. Tak leh nak gabung sbb dh paku siap dekat dinding huhu. Kak Zai dengan Atin badan kcik, depa kongsi dua org haha. Cian lak aku tengok huhu.

Masa sebelum nak masuk bilik tu, kami dh mintak tlg Reed tlg bawakkan kami p makan. Aku seblum mai Krabi aku mmg dh survey da. Duk layan blog2 org yang pernah p Krabi. Ada 1 kedai depa duk sebut iaitu Chaba Restaurant. Katanya halal dan sedap, harga mcam mahai sikit. Pasal Reed ni, kami mmg tau dh pasai dia. Macam mana tau? Haha, masa aku nak book The Sun ni, aku ada baca review2 orang yang pernah duk situ. Kebanyakkannya eh, bole dikatakan positive feedback la. Walaupun jauh kit dari Ao Nang beach, tapi Reed sangat warm hearted. Dia willing antaq. FOC ok. Dhla polite orangnya. Senang nk communicate dgn dia sbb dia bole bercakap English. So mmg senang keja la. Ok lepas siap tu, dalam pukul 4 lebih, Reed antaq kami p Chaba Restoran tu Mulut mmg duk nk makan sangat tomyam yg asli kan. Terus order kami ni. Gila banyak wei kami order.





Sedap kan tengok makanan ni? Mmg sangat awesome. Sedap la bg mulut kami ni. Semua ni kami bayar dalam 940 baht. Ok la utk 3 orang makan. Buncit sudah perut nih hahaha. Lepak lama jugak la. Duk ratah ikan la, lauk tomyam la. Dalam 6 petang camtu, Reed mai balik dekat kami. Kami nak p Krabi Town. Pasar malam Krabi. Banyak blog suggest p situ kalu mai Krabi. Pasar malam tu hanya ada pada ari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja. Ok utk ke Krabi sebab dia agak jauh dalam 15 minit perjalanan. Reed terpaksa caj, yang bagi aku ok la. Sebab dia antaq and amik kami. Sekepala dia amik 200 baht. RM20 sorg. Ok la dari nak naik tuktuk 500 baht kot. Aihh. Hahaha. Kami smpai dekat Pekan Krabi dalam pkul 6.30 camtu lah. Besaq la pasar malam dia. Macam2 ada joi dekat situ. Rambang mata. Aku mata dh focus dekat Pancake Banana Coklat depa dah. Dalam blog banyak suggest makan tu. 

Sedap oiiihhhhhhh
Senang sgt aku tengok dia buat. Boleh buat ni dekat umah nanti haha. Dia guna macam buat roti canai ja wei. Tak pa nanti aku try, aku updet dekat blog haha. Ok masa dekat pasar malam tu actually aku terpisah dengan Kak Zai and Atin Opsss.. Depa duk pilih baju, aku duk p ronda2, kalih2 depa xdak dah. Haha. Nak call memang tidak la hamba nak buat. Tak beli pun simcard Siam. Malas aih. Apa2 duk guna WIFI ja. Sebab bole dikatakan setiap corok kedai ada WIFI, hang p mintak password ja. Hukhukhuk.

Tapi masa terpisah tu xdak la cuak, sebab masa Reed nak drop kami dekat pasar malam, dah gtau da pick up kami dalam pukul 8.30 malam. Aku ronda, makan, pusing2. Best wei. Nak kata terasing xdak la sangat. Hang p sana ada ja orang Malaysia. Orang Siam cakap melayu pun ada aih. Tapi ada bunyik macam Kelantan sikit la. So mcam xdak la asa risau. Aku sempat capai baju Krabi 2 helai. Sehelai 100 baht ja. Murah la. Kebanyakan penjual situ jual ikut size. Lgi besaq lagi mahai kit. Kadang smpai yg size XL harga dia 200 baht gak la. Ada 1 penjual tu jual 100 baht ja. Aku amik dekat dia. 2 helai. Macam nyesal amik 2 helai. Sebab bila p dekat pasar malam Ao Nang. Mahai siot. Haha. Kalau tau, aku angkut ja banyak2. Dem haha.

8.40 malam camtu Reed dah smpai utk pick up kami. Dia kata xkan nak balik dah hotel. Tak mau ronda Ao Nang. Kami pn cakap nak la ronda. Nak massage katanya. Dia pun antaq lak dekat Ao Nang. Dia kata pkul 10.30 malam dia amik pulak. Sangat baik la Reed nih. Kami tak ronda sangat pn. Disebabkan letih xilang yang dari KL ke Hatyai tu, kami decided nak massage. Amik Thai massage. Kami salah sangka igtkn guna minyak, rupanya urut besa ja. Tapi sejam gak la. Sakit tp perghhhh sedap! Aku sampai cramped la kaki ni. Kak Zai siap jerit lagi haha. Sakit wei. Tapi tula pastu mmg sdap. Sekepala kami bayaq 200 baht, maknanya sorang RM20. Siap lena aku bila dia urut kepala. Haha.

Then abis ja massage kami pi pekena Pancake Banana Coklat. Sedap, Masa dekat pasar malam, aku siap tapau pulut mangga. Mangga dia perghhhhh. Sangat manis and sedap! Pulut ciput ja. Xpuas aku. Harga dia dalam 50-60 baht. Xdak la mahai hehe. Aku smpat gak singgah beli Kerabu Sotong utk bawak balik hotel. 80 baht. Dekat kedai joi kerabu sotong ada jual baju Krabi lengan panjang. Aku sempat capai sehelai untuk mak aku. Mahai kit la. Dalam 170 baht. Tapi ok la bagi aku. Std price la.

Lupa nak gtau. Masa naik van dr Hatyai ke Ao Nang, driver tu berhenti dkt tempat dia. Situ depa ada lah duk promot pasai Phi Phi Island pakej. Then utk transport nak balik Hatyai. Aku dgn Kak Zai decided nak beli siap2 tiket van dr Ao Nang ke Hatyai. Katanya driver akan amik depan hotel. Ok la bg aku. Harga 300 baht. Mas check in lak, kami dah siap book utk Phi Phi Island pakej. Harga yang kmi dapat mmg ok sgt, 1000 baht sorg, speed boat. Kalau long tail boat maybe murah la. Tapi dia lambat. Pakej ni termasuk dengan minuman, makan tengahari. Better price la, sebab dalam blog ada yang ckp smpai 1500 baht pon ada. Kami mmg bdget dalam 900 - 1000 baht jo.

Di hotel terus lepak2 then tdoq. Preparing for tomorrow activity. Tak cukup masa, kami amik Phi Phi Island ja. 4 island xsempat uwawawa. Dah ada alasan utk mai lagi Krabi. Hahaha.

Sweet Escape - Trip to Krabi (Part 1 - 1st day and 2nd day)

Khamis (20 Mac 2014) - Jumaat (21 Mac 2014)

Penat la sangat. Balik dari kerja malam. But then xpala. Arini bakal berjalan jauh haha. Nervous gak la. Tapi terasa excited sangat. Aku balik kerja just tido utk hilang penat sahaja. Pas zohor, aku bangun and siap2. Yela duit tak tukaq lagi. Harap tukaq aritu dekat KL Festival dalam RM150 ja. Tak tau rate dekat Thailand camna, so mmg kena tukaq siap2 la dekat KL. Setelah survey2 rate, so far aku dapat rumuskan rate dekat Ampang Park lagi ok rate dia. RM10.13 kot kalu xsilap aku dapat utk 100 baht. So dekat situ aku tukaq RM300. Ok sangat dari aku tukaq dkt KL Festival ritu. RM10.51 kot! Ceittt mahaii haha. Orang kalut cam aku ni memang sgt. Choii haha

Settle ja tukaq duit, aku singgah Aeon Setiawangsa, yang dekat AU2 tu. Nak cari travel plug. Lupa nk snap gambaq dia. Tersangat la murah bg aku. RM 6.30 ja wei. Nanti sapa nk beli, bole la beli dekat Aeon ja. Wink wink. Siap beli makanan jajan kit. Dalam 4 petang, aku dah sampai umah. Last check for beg packing aku. Yela kena tengok apa yang tak cukup. Baju sekandaq oi. Haha. Lawokk. Gila berat. Ceitt. Pmpuan camtu la kan. And again lupa nak snap pic barang yang aku bawak haha. Itu pun bapa kali aku buang, masuk, buang baju dalam beg. Sangat pathetic gila aku nih. Kroooiiigghhh. Settle! Aku tidoq seround dlu. Malam kang, housemate aku, Ain akan hantaq aku dan Atin Ruslan ke Puduraya. Tunggu Kak Zai ja dekat sana.

Pukul 9 malam  camtu, kami dah pun bertolak p Pudu. Amik Atin Ruslan. Then straight to Puduraya. Sampai dekat2 pukul 10 gak la. Sempat la aku perkena sup daging dengan nasik goreng kampung dekat kedai makan yang dekat Pudu tu. Ala yang dekat dengan Nando's tu. Terangkat gak wei sup daging dia. Licin aku hirup. Siap ayaq kosong 2 gelas. Jenuh la satgi atas bas haha. Dalam 10.30 malam Kak Zai mesej aku katanya dah sampai dekat dalam Pudu.

Muka excited tgu bas. Haha

Bas pukul 11 malam, kami amik tiket dari Pudu ke Hatyai. Sekepala dalam RM52 sehala. Kami ambil Alisan Golden Coach. So far bagi aku memang ok sangat. Sebab? Siap ada plug USB dengan WIFI haha. Awesome sangat wei. Kikiki. So xdak la buhsan. Walaupun xdak la laju mana WIFI dia tapi for viewing Facebook sangat lah ok. Nak Whatsapp ka apa ka pun bole. Cuma nak layan movie online xleh la sangat. Yala, WIFI dia tak stabil sangat, maybe sebab bergerak kan.

Masa naik bas tu, yang tak bole blah nya bila dia xberhenti wei. Haha aku ni jenis cepat nak buang air kecik. Walau dah buang masa sebelum naik bas tu, mesti nak lagi. Haha, Masa bas gerak tu, aku layan la WIFI, air cond dia gila sejuk, so aku tutup. Then ngantok lak. Aku layan mata dulu. Tetiba aku terjaga. Ahhh sudah. Dia mai dah. Kaki dh tergedik2 dah. Kak Zai jeling ja tengok aku. Haha. Mau tak jeling dia tau dah tabiat aku. Aku wat isyarat nak tuttttt. Haha. Kak Zai bangun p dekat driver. Dengar driver tu cakap jauh lagi nak stop. Oh yeahhhh demyu driver. Puiii... Berpeluh siap aku beb. Punya tahan. Bayangkan dari KL, dia stop dekat R&R Sg Perak. Ohhh yeahh.. Dah nak masuk utara baru nak berenti?? Sampai2 ja tak tnggu dah. Berdesup aku oiiii. Krooigghh damn. 

Perjalanan sangat smooth. Dari pukul 11 malam bertolak, kami sampai dekat Bukit Kayu Hitam dalam pukul 5 pagi camtu. Kami berhenti makan sekejap. Driver bas tu collect passport utk apa ntah, then selit dekat passport, bagi macam 1 slip perjalanan camtu la. Rehat dalam setengah jam, kami bertolak ke border Thai-Msia. Border Thai-Msia buka pukul 6.00pagi, so kami smua turun untuk cop passport. Walaupun time tu awai pagi, tapi tersangat la ramai kot. Mujur kaunter macam buka banyak, so proses cepat jugak la. Naik bas lagi. Kami berhenti dekat Pekan Danok lak. Cop passport lagi untuk Thailand side. Tadi punya side Malaysia. Dekat situ kena kuaqkan beg sebab depa nak scan. Aihhh sangat tak suka nak tnggu. Kaunter buka ada la 3 kot. Orang ramai gila!

Muka tak semenggah haha
Ni dekat Hatyai dah. Tgu van
Tak silap aku, Danok last place utk kita terima line Malaysia. Lepas pada tu nanti akan masuk line Thailand. Kami bertolak ke Hatyai dalam pukul 7 camtu. Sempat jugak la aku lena. Celik2 ja mata aku dah nampak signboard bahasa siam. Haha. Dalam pukul 9 lebih camtu kami sampai depan HQ Alisan Golden Coach tu. Oh ya, time dekat Siam lewat sejam ya. So terus aku set jam tangan aku, and henpon aku. Senang. Kang konfius aku oi. Kiranya kami time tu kami sampai 8 pagi lebih ikut time Thailand. Alang2 tak mau nak pikiaq panjang, kami beli siap2 tiket bas nak balik KL. Harga murah RM2, haha. Dalam RM50. 


Settle tiket bas nak balik, kami book lak van utk ke Krabi. Kami amik van senang sbb teksi takut mahal. Yala perjalanan 4 jam kot dari Hatyai ke Krabi. Alahaiiiiii. Hahaha. Ok caj dia, sekepala 350 baht. Ok aku bagi tips ya. Nak senang congak duit Siam ni just tolak 0 kat belakang tu. Mudah ja wei. So 350 baht caj van tu, maknanya dalam RM 35 sekepala. Van mai pukul 9 pagi time Siam. Tara nak kutip orang yg nak naik van depa tu, dalam pukul 10 camtu baru betul2 bertolak. Dalam 1 van ada la dalam 12 orang kot. Senang toi buat duit hahaha. Perjalanan dalam 4 jam. Aku bapa kali tidoq pun tak tau la. Kami singgah Pekan Trang utk take five. Dan la buang apa yang patut. Hahaha. Kak Zai dengan Atin sempat pekena Lock  Ching. Pulun depa ni haha. Aku memula macam ragu2 jugak la. Yala halal ke x. Tapi kebanyakan yang jual tu adalah Islam. So macam tak risau sangat la.

Kami sampai ke Krabi dalam 2 petang lebih. Tu pun van driver tu tau xtau sangat jalan nak p hotel kami. Aku booked The Sun Bangalow Ao Nang. Bila aku tengok jalan ke hotel ni, dalam hati aku, "Adoiii jauh gak la dari Ao Nang Beach". Dem haha. Nak amik yang dekat dengan Ao Nang beach, bapak mahai oiii. Hotel kami amik di tepi jalan, tapi dalam hutan kit. Sunyi, tenang lak aku rasa. Tak pa try dulu kan. Kami sampai tu disambut oleh owner The Sun Bangalow tu, Reed nama dia. Kecik2 orangnya. Hensem gak la hahahaha. Pulun hg Leya oi!

Patut ritu kami mai berempat, aku book 2 bilik, tapi one of kawan aku tak jadi, so kami bertiga ja. Bilik satu dah cancel. Masukkan sorang ag dalam bilik yang berdua, Reed terpaksa caj kami. Tapi bagi aku tak mahal sebab, 2000 baht utk 2 malam. Bahagi 4 (sebab kwn aku yang cancel last minit-dia kena bayaq jugak). So sorang 500 baht, Wei RM50 sorg tu 2 malam. Tersangat la awesome. Dah setel check in, cepat2 kami masuk bilik. Nak mandi oi. Badan seyes berlengas macam hapa ag. Hohohoho.

Nmpak x muka berlengas. Depan reception The Sun.

Later, continued for next activity on 2nd day .... hahahaha