Tuesday, May 27, 2014

Team Building at Avillion Admiral Cove, Port Dickson

Hai hai.. Baru nak updet yg latest entry di kala jam sudah pon pukul 5.05 am hahaha.

Bahana perut kenyang dgn koey teaw goreng dgn burger ayan special haha. Sahur kononnya sbb nk posa ganti.. Opssss! Ok la aku nak crita pasal kesah team building. By the way bru ni RHB CCC ada arrange 1 team building utk staff dia. Batch 1st dh p masa 3 and 4 Mei. Aku kena batch ke2. Baru ja lepas sabtu ahd bru ni. Date on 23 and 24 Mei. Agak tak puas sbb masa cuti kami. Pfffttt

On 1st day, aku bersama Patin n Ain, housemate merngkap opismate. Depa nek keta dgn aku so kami smpai opis dlm 7am. Aku nek bas ke.2. Kami bertolak dlm pukul 7.20 cmtu la. Siap tdoq n dgq lagu. Sedap la sgt layan duk belakang seat hahaha. Sampai hotel dlm 8 lebih. Kami letak luggage dekat dewan. Dewan tu la tmpat kami wat indoor nanti. Before that kami sarapan dulu. Bihun keraih dogiang hahaha. Oh ya hotel kami duk nama dia Avillion Admiral Cove. Actually aku mmg teringin nk mai hotel ni. Akhirnya merasa jgak wlpun xpuas duk situ.

Lepas breakfast, kami stat outdoor dulu. Faci dr CMA and lead by Darren. Quite funny and easy going person. Tghri for lunch and then get into tribe. Dh la kena buat hakka bagai. Motipppp??? Hahaha. By the way, aku mmg xpuas ati grup aku haha. Ahli bombastic. Tapi leader? Choiiii. Hahaha. Sgt...pfftttt!!

Kami 1st stat Amazing Race. Race sgt penat. Dem. Sakit abis bdn. No workout suddenly wt aktiviti cmni. Mmg sakit jiwa aku. Huhu. Race almost 2hours. Sgt....grrrrrr penat! Pukul 6.30 almost 7mlm bru dpt nak masuk bilik. Cantik sgt. Best tp sygnya xdpt nk nikmati sgt. Sbb aku smpat mandi2 and turun for dinner. Kena masuk dewan sbb ada indoor lg. Agak bengang. Dgn ngantuk smua. Penattttt! Lucky Darren lepas awal. Dalam 9 lbih kami dh bole balik bilik.

Geng aku smua mula nk lepak pillow talk kononnya smbil layan ABPBH masa tu dekat bilik Niza. Tp aku cannot go dah. Mata sudah stim. Bdan dh sakit2. Decided nk balik bilik. Aku 1 room dgn Patin. Layan ABP sat smpai Patin mai. Then tdoq. Tdoq pon xbopa selesa sbb badan sakit. Xbopa nk nikmati huhu.

Esoknya bangun agak lmbat huhu. Dekat 7.30 gak la. Turun breakfast of cos la lmbat kan. Patut kumpui dkt dewan dlm 8.30am. Tapi kami smua dekat 9am bru masuk. Tu pun kena brain wash sudey. Choiiii. Hari kedua indoor. Tribune for MJ. Kena buat flash mob. Choiii again. Ntah2 apa ja tarian haha. Lawak n lawak again. Nearly to afternoon tu kami tea break jap then g bilik masing2 utk check out. Sedey sgt. Xsmpat nk nikmati suasana Avillion huhu. Kena mai algi next time. Aihhhh.

Pkul 12 camtu masuk dewan dgn luggage masing2, masuk2 ada indoor game. Aihhh bengang ja aku kan haha. Igtkn leh nk makan lunch n balik. Men game pa ntah smpai la pukul 1 lebih gak la. Wrap up dan settle down. Truih g makan. Makanan dkt Avillion pon sodap2 gak. Kami lepak makan smpai la dkt pkoi 2.30pm. Then mgt pgl kata bas dh mai. Bertolak balik smpai KL dalam pkui 4ptg lebih. Gila laju bas aku gerak.
Sampai tmpat parking keta, Ain, Dell and Patin ajak p TS. Katanya nk tengok wayang. Cerita "Awak nak kahwin dengan saya?". Mula mcm xmau, tapi tengok smua mcm nak p. So aku ckp ok ja. Last2 p tngok best gak haha. Lawok ja Fezrul Khan tu. Comei hahaha.

Balik umah about 8,9malam cmtu. Makan2, mandi n teruih tdoq. Penat! Mujuq esok tu keja ptg. 3ptg. Ada sufficient time gak la nak rehat. Ok la aku pon nk tdoq la. Ni dh baca niat puasa gnti. Esok posa yg Leya oi. Hihihihi








Tuesday, May 13, 2014

Interview for Pegawai Tadbir N41

Haii haiii..

Lama tak updet. *budget macam ada folower. Pffttt*. 

Ok back to the topic haha. Baru2 ni sblum balik kg masa hri pekerja, aku dpt sms dr 15888. Selalunya pasal ni mmg interview SPA. Haha. Yea mmg betul pon. Temudga Peg.Tadbir N41 (Kontrak). Erkkk. Setahu aku, aku xapply pon, mybe from aku punya PTD dulu kot. Donno la.

Mula mcm tak mau, sebab kecewa masa temudga PTD masih brbekas. Haha. Leh gagah kan alasan aku ni. Tapi since kwn2 bg support so aku ggahkn jua. Aku pon balik kg dulu. Amik aura2 positif dr mak aku. Kekekeke. Dahla homesick teruk. Bila la nk dpt keja belah Kedah ni. Ya Allah, bantulah hamba-Mu ini. Hukhukhuk.

Ok2 tersimpang lagi kan hg leya oi. 9 Mei was the date for my interview. Tempat yg sama masa PTD dulu. Just dulu bilik C, kali ni balik E. Giliran masa tu 504. Time tu dh 502. Lagi 2 org ja lgi. Ishhh ketaq sgt. Aku pun la study pasal NKRA, MEB, tugas2 PT ni. Masa duk tgu tu, tetiba calon 502 kuaq. Terkejut. Sebab budak opis aku hahaha. Dia pon dpt tebiu yg sama. Dia pon gtau dia xdpt jawap. Rupanya panel tnya pasal GST and UTC. Aku pon kalut la gugel. Kekekkkke.

Tgu pnya tgu smpai la turn aku. Ok ketaq, tgn sejuk hahaha. Panel Datuk Mustapa dgn Dr.Noraisah. So funny and warm-hearted. Aku selesa sgt. Sperti dijngkakan mmg dia tnya pasal GST. And soklan kedua lain. Dia tnya pasal konsep 1 Malaysia. Boleh la jawap. Xtau la dpt ke x. Result on 16 Jun. Cepat kn. Takut lak.

Setel dh smua tu, aku p Tesco. Beli barang buat laksa. Sebab esok tu Sabtu ada potluck dgn kawan2. Letih oiii. Hahaha laku lak tu laksa. Licin. Abis. Haha. Ok la chow lu. Nnti sambung episod lain. Kekekeke


Monday, April 21, 2014

Trip ke Bandung - Last Day

17th April 2014 – Khamis

Bangun pukul 5.00 pagi. Memang celapak bangun bersiap. Mujur la beg dah kemas2. Tu pun Sue yang tlg. Aku mmang tak reti packing haha. Dalam pukul 6pagi cmtu Ari dah pun sampai. Aku terus check out and kami menuju ke airport Hussein Sastranagara. Masa sampai tu orang macam tak ramai ag. Aku terus bawak muatan untuk discan. Barang banyak so cepat2 pi cari troli. Ari pun siap2 cakap terima kasih then balik ke tempat dia. Kaunter AA ke KL buka pukul 6.30am, so duk cangak jugak la. Dalam hati duk risau pasal muatan aku ni. Sue beli 20kg dan aku lak beli 25kg. So total kami pnya 45kg. Risau terlbih muatan ja. Dah la duit memang kontang baik punya.

Perut time tu la memulas bagai. Aku langsung tak sarapan lagi. Dengan pening kepala bagai. Masa dekat Bandung tak mau nak pening2, ni nak balik wat hal lak. Cett! Airport Bandung ni memang kecik ja tapi bagus la tak gado jalan jauh. 6.40pagi camtu kaunter baru buka. Cepat2 nak check in luggage. Aku time tu memang standby dah, buka ja kaunter terus celapak. Kekekeke. Masa timbang barang lega la sebab cukup2 45kg so tak gado dah extra caj ka apa ka. Uhuuhu. Kalu dak jenuh. Aku terus bayar tax and amik boarding pass. Settle tu kami ke café. Aku tak lalu langsung nak makan. So aku minum lemon tea panas. Perut sakit siot. Siap pi jamban lagi. Ekekekke.

Dalam pukul 7.30 pagi, aku terus ke waiting room. Siap baring atas kerusi. Sakit perut. Takkan sebab makan semalam dekat tepi jalan. Tapi yang lain2 okay ja depa. Aku sorang ja jadi camtu. Tetiba panggilan ke KL dah diumumkan. Kami terus masuk. Sempat lagi gitu snap pic. Huhu.

Perjalanan berjalan lancar saja. Walaupun di tengah2 perjalanan tu, pilot umum cuaca kurang baik, mintak pakaikan seatbelt. Cuak beb. Terus teringat MH370. Huhu. Subhanallah. Mintak simpang. Dalam pukul 11.20pagi waktu Malaysia, Alhamdullilah kami selamat sampai di LCCT.  Terus turun, amik luggage, then pemeriksaan kastam. Alhamdulilah la semua berjalan dengan lancar. Beli tiket bas untuk ke KL Sentral. Then amik teksi ke Ampang. Kami ke rumah Sue sebab aku park kereta aku dekat rumah dia.

Ok misi mencari nasik kandaq. Bye

Trip ke Bandung - 4th Day

16th April 2014 – Rabu

Hari keempat, hari terakhir di Bandung. Esoknya sudah mahu pulang yey. Hahaha. Hari ini kami xpi breakfast dekat hotel. Sebab semalam p makan gila punya kenyang haha. Bangun pagi kononnya Sue, Fatin, Ain dengan Dell nak p makan dekat restoran yang perjalanannya dalam 15 minit berjalan kaki. Depa katanya nak p makan nasik uduk, iaitu nasik lemak. Kekeke. Aku xjoin pun, malas la sebab nak menapak tu aku xsuka. Aku duk dalam hotel ja and makan megi. Barang dh kemas sbb aku book untuk 3 malam ja. Malam terakhirnya aku book Zodiak Asia Afrika.

Hari ini Ari mai lambat sikit, dalam pukul 8.30 pagi. Destinasi seterusnya hari ini kami ke Tangkuban Parahu. Dekat situ yang banyak aku baca dari blog supaya berhati2 dengan penjual jalanan situ. Masa dalam kereta pun Ari dah pesan jangan beli langsung barang dekat situ. Harga tidak munasabah. Ada aku baca dr blog mana ntah dia terbeli tasbih berharga 400k rupiah. Gilos. RM120 kot. Hukhukhuk.

Kami sampai sana dalam pukul 10-11pagi camtu. Masing2 amik keputusan nak tinggalkan beg dekat kereta. Kami just bawak camera, DSLR, handphone masing2. Siap dengan monopod lagi. Selfie gitu hahaha. Masa sampai tu, kira buka pintu kereta, berduyun dah orang mai berjual. Huhu. Aku macam besa muka kering ja. Hati memang la kecian. Tapi tu la. Kadang benda yang depa jual tu aku mmg xmau pun. Hukhuk

Kami turun sana trus untk bertangkap gambar. Huhu. Sana aku xtahan gila bau sulfur dia. Orang yang berjualan tu xyah cakap la. Ikutttttt ja huhu. Kami selfie2 sat, gedik2 sat. then trus balik. Tapi pada jugak la duk dekat sejam lebih. Kami pun bergerak ke Floating Market lak. Dekat situ ada org jual2 makanan dalam boat and float ats tasik. Sorang berapa ntah aku tak ingat. Dekat situ nak bayar makanan kena guna token so kena tuka dulu dekat kaunter. Bila dah tuka pulak, kena pakai bagi abis, kang xdak refund.

Pi situ memang awesome. Kami kira dah xyah cari restoran tuk lunch, sebab siap kedarah dekat Floating Mkt. Hahaha. Harga dekat situ pon leh tahan murah. Masing2 antara kami beli makanan yang lain2, so leh pakat merasa la. Kami stay sampai la solat zohor. Sebelum nak kuaq tu, tiket masuk tadi kami bawak ke kaunter air sebab dapat air free. Aku amik milo panas. Lepas ja settle dekat Floating Mkt, kami ke arah Rumah Mode dengan Factory Outlet yang dekat Jalan Dago.

Apa lagi masing2 dah keluar tanduk shopping. Aku ke Fashion House beli baju tuk diri sendri haha. then jenjalan ke FO yang berdekatan tu. Penat tapi best. Kadang malas nak follow depa yang lain, aku lepak la makan. Hahaha. Kerja makan ja aku. Aku ada try minum juice sikak. Iaitu durian belanda. Mmg tak abis hehehe. Aku pas dkt Ain dengan Sue. Depa yang abiskan minuman aku. Gila pahit semacam ja. Haha. dekat situ aku withdraw lagi 1 juta rupiah sebab kawan aku, Aniza ada masukkan duit suruh beli telekung. Duit itu aku pas kan dekat Ain sebab depa ada 1 hari lagi esok. Masa berlalu dengan pantas. Siang beranjak ke malam. Lepas pada tu, kami bergerak ke Chimpelas Walk. Dekat situ barang dia macam mahal2, sebab dia macam Mall. Kami jenjalan dekat kedai2 tepi tu. Fatin cari sweater. Aku lak pekena pisang salai. Sedap. Recommended beb. Better amik yang original lagi sedap. Yang perisa lain macam coklat, cheese ada gak. Tapi aku tengok pelik jo. Hahaha.

Settle ja dekat situ, kami ke Kartika Sari. Yaayyy. Beli brownies. Memang gila la. Ain paling banyak beli. Sampai 2 raga haha. Aku banyak gak la. Kira muat 1 kotak aku sorang ja, Situ aku abis kan 300k rupiah. Dasat !! Bukan singgah lama pun, just grab apa yang nak terus. Then pay for that. After that, aku ke Amanda jugak. Time tu barang tinggal xbanyak. Aku amik la bayam celup tepung, then brownies apa ntah amik je la. Sebab budget nak abis kan duit yang ada tu. Wat rugi ja wak lik Malaysia. Rate dah murah.

Settle shopping. Phewww. Penat. Kami terus gerak ke hotel. Perut pn dah lapar. Kami ke hotel Naripan dulu, amik barang aku and Sue. Sebab kami nk check in Zodiak Hotel lak. Amik barang then g makan dulu. Ari bawak p kedai makan tepi jalan, dia kata ok dekat situ. Try p la noh. Sedap gak makanan dia and yang paling penting, murah. Keekke. Aku dah malam last aku belanja la si Ari tu. Murah ja makanan utk 2 org. Boleh tahan.

Lepas makan ja, Ari hantarkan dulu Fatin, Ain dan Dell ke Naripan Hotel, and then terus langsung ke Zodiak Hotel. Aku cepat2 check in n masuk hotel. Bilik leh tahan gak and yang penting WIFI laju. Masa dah masuk bilik tu, aku terus kemas barang dulu. Risau pasal berat. Kami ke kedai maca 7-eleven depan hotel, beli air. Ofismate pesan nak Nescafe French vanilla. Seb bek ada, time tu lak ada sport bag. Memandangkan aku dah xdak extra beg so kena amik la. Time tu duit rupiah tinggal dalam 102k rupiah ja. Beli punya beli harga dalam 117k rupiah. Alamak tak cukup. Aku try guna debit card and credit card aku tapi mesin dorang tak allowed. Last2 depa kata wak mai lagi RM 5 kat depa. Kira selesai ja. Aku pun pa lagi bagi la. Lega aku. Memang licin terus duit rupiah aku. Aku tinggal semata duit airport tax ja. Perghh dasat.

Balik bilik, terus mandi and tidooooooo....

Trip ke Bandung - 3rd Day

15th April 2014 - Selasa

Pukul 5 pagi, budak 3 orang mai kacau kami, aihhh nak mampuih depa nih. Hahaha. Nak mai tengok kain katanya. Yang kami beli di Pasar Baru tu. Jenuh layan depa.

Pagi tu kami smua bangun awai. Aku try call reception tnya pasal breakfast. Rupanya bole ja nak breakfast. Bayar 50k rupiah sekepala. Dalam sorang RM15, buffet kot. Tanya yang lain, depa setuju ja, so kami p breakfast. Sedap gak makanan dia. Semua makanan aku try haha. Ari dia mai dalam pukul 8am, 7am kami dah dekat tempat makan, so sejam dekat situ kami makan. Haha. Hari ini kami ke Kawah Putih. Perjalanan dalam 2 jam camtu. Memang bosan sebab Bandung memang macet (jammed). Aku berapa kali tidoq pun xtau la haha. Sesak punya ckup. Depa kat sana main hon2. Aku ada tanya Ari, katanya tu tanda bagi isyarat haluan. Kalau dekat KL, mau kena ligan balik hahaha.

Kalu dekat Bandung, ampa jngan terkejut, di sana depa amalkan cara tips. Orang tuju jalan, org bg haluan jalan ada kat sana. Di sana kan jammed so, nak masuk ke kiri ke kanan ka, depa ada orng penunjuk jalan. So mmg aku tengok la, setiap kali nak belok ke, nak parking ke, Ari akan sua depa tips. Depa dapat 2000rupiah pun dah happy. Dah la orang Bandung sangat polite. Bagus la.

Ok back to journey to Kawah Putih, kami sampai dalam pukul 10 lebih gak la. Sampai2 ada orang jual mask. Aku beli sbb aku xthn bau sulfur dia. Kawasan dia cantik sngt. Ari dipaksa menjadi photographer kami. Hahha. Sapa xtahan duk situ, dia akan macam nak batuk2. Aku memang jadi xselesa tekak. Bukan kata aku ja, Ari yang orang Bandung pon duk terbatuk2 haha. Kat situ bapak punya sejuk, mai ja angin aku jerit dah. Haha sejuk nak terkencing haha.

Then abis ja berfoto2 di situ, kami ke bawah, nak tuntut jus strawberry. Patut dapat 5 gelas, tapi tu elektrik depa ada masalah. So leh dapat 2 gelas ja. Kami mnum lepak kejap. Oh yea lupa, nak masuk Kawah Putih dia ada caj masuk kereta dengan sekepala. Sekepala dalam 25k rupiah. Yang kereta 75k rupiah kot. Kami tong2 ja caj dia. Hat tu tak termasuk dengan price supir. Asing2 ya.

Then turun bawah. Kami ke arah Cibaduyut. Dekat situ ada 1 mall yang harga dia leh tahan la. Dekat situ kebanyakkan aku nampak barang berkulit. Aku sempat cari tshirt utk adik aku. Then kami cross jalan, cuci mata p kedai tepi2 sana. Pesanan sekali lagi, masa kita jalan tu akan ada la penjual jalanan akan approach. Terpulang la pada ampa nak beli ke dak. Tawar la setawar yang boleh. Macam aku, aku tak layan sangat. Aku tolak dengan cara yang baik. Jangan nak maki2 noh, kita dah la dekat tempat orang. Sana depa susah, so macam2 keja depa buat. Kasihan juga aku tapi benda bukan aku nak beli, xkan nak beli kan huhuhu

Duk dekat situ memang lama gak la. Aku beli jugak baju I love Bandung lagi. Dia joi dekat tepi2 jalan ja. Saiz XL leh tahan besaq gak. So grab for 4 helai 100k rupiah. Ok la harga dia. Fatin dengan Ain gila borong depa I love Bandung tu haha. Lepas pada beli semua tu, masing2 dah lemau dah. Lapar time tu dah mai dah, kami pun bergerak panggil Ari. Sebelum kami ke tempat makan, kami singgah sekejap FO dalam perjalanan tu. Banyaknya aku dah p semalam dengan Sue, so just ronda2 camtu ja. Dell, Ain dengan Fatin ja yang pulun.

Dekat nak malam, kami singgah restoran untuk makan. Dekat situ kami try makan keistimewaan dia. Iaitu ikan gurame. Lebih dikenali ikan kaloi. Main bedal order ja time tu. Sedap kot. Time tu xingat dah cerita Bawang Putih Bawang Merah. Hahaha. Selamat masuk perut. Sedap jugak masakan ikan garume. Aku amik goring punya. Siap dengan ayam penyet, sup buntut haha. Itu sebenarnya sup ekor. Sedap!.

Lepas pada makan malam tu, kami ke hotel untuk rehat2. Esok last day bagi aku and Sue. Flight aku pagi Khamis. Hoho