Tuesday, April 1, 2014

Trip to Krabi - Part 3 (Journey on 3rd Day)




Sabtu (22 Mac 2014)

Bangun awai. Sejuk oiiiiii. Dah la, air con baik punya hala dekat aku. Malam tu nak tdoq payah, besa la tempat asing kan. Terus masing2 mandi dan bersiap. Phi Phi Island trip yeayyyy!! Akan ada org pick up kami dalam pukul 8.00 - 8.30 pagi camtu dekat tepi jalan. Semangat nih. Aku dengan standby DSLR aku, henpon aku. Siap bercas penuh. Nak tgkap gmbaq pnya pasal nih. Hahaha. Masa tgu bas nak pick up, Reed pun mai jugak. Dia mai teman kami, takut kami salah naek bas katanya. Bagus la dia. Dalam 8.40 pagi camtu, ada bas mai amik kami. Bas macam bas kilang haha. Lawak!

Dalam bas kilang bak kata Kak Zai. Hahaha!

Ramai la folo dalam bas time tu. Sampai dekat check point depa tu, depa cepat bahagi group. Speed boat mmg bnyak. So mmg ramai la group. Mjur kami book awai. Mmg banyak dh sold out, dh penuh. Ramai lak org. Maklum la, kami mai time peak season. Selalu peak season ni dari bln 11 smpai bln 3. Mmg ramai la group aku nih. Ada kot dalam 20-25 org.

Kami bertolak dalam pkul 10pagi, aku igt lagi tourist guide kami nama dia ICE hahaha. English dia so-so la, bole la fhm kit. 1st island kami p BAMBOO ISLAND. Perjalanan kami dalam 40,45 minit camtu la. Cantik wei pantai dia. Jatuh chenta sudah dengan Krabi.. Wink wink

Bamboo Island

Falling in love with the beach
Gmbaq yg ats tu bkn aku mik dr blog2 or web search. Itu asli dr DSLR aku. Perghhh cantik kan. Aku ada edit gmbaq tu. Pergh mmg awesome and beautiful!

Supposed kami duk Bamboo Island dlam setengah jam. Tetiba Ice tu cakap boat rosak, kena tgu org mai repair. Sejam jugak la kami smua cangak dekat situ, Dengan lpaq punya cukup la. Dah la tengok group mana ntah baik punya buka buffet duk makan Sedap ja aku tengok wei. Uwawawa.. Dari aku duk cangak and buang masa, aku siap lena dekat pondok dekat island tu. Dalam 12 lebih gak la baru siap boat tu. Ice cakap sllu trip ni abis pkul 4ptg, tapi sebab jadik hat rosak tu depa ganti balik sejam dgn kami balik 5ptg. Bole laaaa. Choiii hihihi.

Then perjalanan diteruskan. Kami ke Phi Phi Don Island, rupanya singgah mkan. Company depa ada port utk makan. Agak elok dan proper dari makan dekat tepi pantai tadi. Macam grup tadi tu la. Dah la tu makanan yang depa provide dkat kami, sangat la awesome. Ada nasik, tomyam, pad kapao (xtau eja betoi ke dak hahaha), spagetti. Mmg makan sakan la aku ni. Tak pandang kiri kanan dah. Sedap dan puas la.

Usai ja makan tengahri, kami gerak balik. Kami ke Monkey Island. Dekat situ xleh nak stop lepak2 macam dekat Bamboo Island. Dia bukan tempat yg ssuai sgt la.


Monkey Island
Tengok pd gambaq dia, mmg xleh nk landing. Dia sebab xdak pasir kot tu yang xleh nak landing asanya. Just tgok dr jauh saja. Ada la dalam 10 - 15 minit kami duk tngok.

Then perjalanan diteruskan. Kami menuju ke Maya Bay, the fantastic place! Seyesly mmg cantik tempat tu oihhh. Hahaha. Nk smpai ja dekat situ, mata aku menatap ayaq laut dia. Indah sungguh ciptaan Allah Taala. Sayu ja tengok. Memang cntik sangat aku tengok. Seyes jatuh cinta!

BFF @ Maya Island


The nicest place i ever seen


Maya Island

To be continue .....................................

Trip to Krabi - Part 2 ( Continue story on 2nd Day)




Jumaat (21 Mac 2014)

Sambungan Part 1. Hahaha

Aku mmg nak dera jari aku kali ini. Hahaha kena updet cepat2 takut lupa satgi. Ngee. Ok back to the topic. Lepas ja check in tu, kami masing2 nak mandi la. Pakat berebut la haha. Lupa nak snap gmbaq dalam bilik tu. Letih punya pasal lupa nak snap. Bilik dia ok, ada 2 katil single. Actually silap lak amik single, patut amik Queen size tapi xpala huhu. Memandangkan aku yang berbadan comei ni, aku mik 1 katil. Tak leh nak gabung sbb dh paku siap dekat dinding huhu. Kak Zai dengan Atin badan kcik, depa kongsi dua org haha. Cian lak aku tengok huhu.

Masa sebelum nak masuk bilik tu, kami dh mintak tlg Reed tlg bawakkan kami p makan. Aku seblum mai Krabi aku mmg dh survey da. Duk layan blog2 org yang pernah p Krabi. Ada 1 kedai depa duk sebut iaitu Chaba Restaurant. Katanya halal dan sedap, harga mcam mahai sikit. Pasal Reed ni, kami mmg tau dh pasai dia. Macam mana tau? Haha, masa aku nak book The Sun ni, aku ada baca review2 orang yang pernah duk situ. Kebanyakkannya eh, bole dikatakan positive feedback la. Walaupun jauh kit dari Ao Nang beach, tapi Reed sangat warm hearted. Dia willing antaq. FOC ok. Dhla polite orangnya. Senang nk communicate dgn dia sbb dia bole bercakap English. So mmg senang keja la. Ok lepas siap tu, dalam pukul 4 lebih, Reed antaq kami p Chaba Restoran tu Mulut mmg duk nk makan sangat tomyam yg asli kan. Terus order kami ni. Gila banyak wei kami order.





Sedap kan tengok makanan ni? Mmg sangat awesome. Sedap la bg mulut kami ni. Semua ni kami bayar dalam 940 baht. Ok la utk 3 orang makan. Buncit sudah perut nih hahaha. Lepak lama jugak la. Duk ratah ikan la, lauk tomyam la. Dalam 6 petang camtu, Reed mai balik dekat kami. Kami nak p Krabi Town. Pasar malam Krabi. Banyak blog suggest p situ kalu mai Krabi. Pasar malam tu hanya ada pada ari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja. Ok utk ke Krabi sebab dia agak jauh dalam 15 minit perjalanan. Reed terpaksa caj, yang bagi aku ok la. Sebab dia antaq and amik kami. Sekepala dia amik 200 baht. RM20 sorg. Ok la dari nak naik tuktuk 500 baht kot. Aihh. Hahaha. Kami smpai dekat Pekan Krabi dalam pkul 6.30 camtu lah. Besaq la pasar malam dia. Macam2 ada joi dekat situ. Rambang mata. Aku mata dh focus dekat Pancake Banana Coklat depa dah. Dalam blog banyak suggest makan tu. 

Sedap oiiihhhhhhh
Senang sgt aku tengok dia buat. Boleh buat ni dekat umah nanti haha. Dia guna macam buat roti canai ja wei. Tak pa nanti aku try, aku updet dekat blog haha. Ok masa dekat pasar malam tu actually aku terpisah dengan Kak Zai and Atin Opsss.. Depa duk pilih baju, aku duk p ronda2, kalih2 depa xdak dah. Haha. Nak call memang tidak la hamba nak buat. Tak beli pun simcard Siam. Malas aih. Apa2 duk guna WIFI ja. Sebab bole dikatakan setiap corok kedai ada WIFI, hang p mintak password ja. Hukhukhuk.

Tapi masa terpisah tu xdak la cuak, sebab masa Reed nak drop kami dekat pasar malam, dah gtau da pick up kami dalam pukul 8.30 malam. Aku ronda, makan, pusing2. Best wei. Nak kata terasing xdak la sangat. Hang p sana ada ja orang Malaysia. Orang Siam cakap melayu pun ada aih. Tapi ada bunyik macam Kelantan sikit la. So mcam xdak la asa risau. Aku sempat capai baju Krabi 2 helai. Sehelai 100 baht ja. Murah la. Kebanyakan penjual situ jual ikut size. Lgi besaq lagi mahai kit. Kadang smpai yg size XL harga dia 200 baht gak la. Ada 1 penjual tu jual 100 baht ja. Aku amik dekat dia. 2 helai. Macam nyesal amik 2 helai. Sebab bila p dekat pasar malam Ao Nang. Mahai siot. Haha. Kalau tau, aku angkut ja banyak2. Dem haha.

8.40 malam camtu Reed dah smpai utk pick up kami. Dia kata xkan nak balik dah hotel. Tak mau ronda Ao Nang. Kami pn cakap nak la ronda. Nak massage katanya. Dia pun antaq lak dekat Ao Nang. Dia kata pkul 10.30 malam dia amik pulak. Sangat baik la Reed nih. Kami tak ronda sangat pn. Disebabkan letih xilang yang dari KL ke Hatyai tu, kami decided nak massage. Amik Thai massage. Kami salah sangka igtkn guna minyak, rupanya urut besa ja. Tapi sejam gak la. Sakit tp perghhhh sedap! Aku sampai cramped la kaki ni. Kak Zai siap jerit lagi haha. Sakit wei. Tapi tula pastu mmg sdap. Sekepala kami bayaq 200 baht, maknanya sorang RM20. Siap lena aku bila dia urut kepala. Haha.

Then abis ja massage kami pi pekena Pancake Banana Coklat. Sedap, Masa dekat pasar malam, aku siap tapau pulut mangga. Mangga dia perghhhhh. Sangat manis and sedap! Pulut ciput ja. Xpuas aku. Harga dia dalam 50-60 baht. Xdak la mahai hehe. Aku smpat gak singgah beli Kerabu Sotong utk bawak balik hotel. 80 baht. Dekat kedai joi kerabu sotong ada jual baju Krabi lengan panjang. Aku sempat capai sehelai untuk mak aku. Mahai kit la. Dalam 170 baht. Tapi ok la bagi aku. Std price la.

Lupa nak gtau. Masa naik van dr Hatyai ke Ao Nang, driver tu berhenti dkt tempat dia. Situ depa ada lah duk promot pasai Phi Phi Island pakej. Then utk transport nak balik Hatyai. Aku dgn Kak Zai decided nak beli siap2 tiket van dr Ao Nang ke Hatyai. Katanya driver akan amik depan hotel. Ok la bg aku. Harga 300 baht. Mas check in lak, kami dah siap book utk Phi Phi Island pakej. Harga yang kmi dapat mmg ok sgt, 1000 baht sorg, speed boat. Kalau long tail boat maybe murah la. Tapi dia lambat. Pakej ni termasuk dengan minuman, makan tengahari. Better price la, sebab dalam blog ada yang ckp smpai 1500 baht pon ada. Kami mmg bdget dalam 900 - 1000 baht jo.

Di hotel terus lepak2 then tdoq. Preparing for tomorrow activity. Tak cukup masa, kami amik Phi Phi Island ja. 4 island xsempat uwawawa. Dah ada alasan utk mai lagi Krabi. Hahaha.

Sweet Escape - Trip to Krabi (Part 1 - 1st day and 2nd day)

Khamis (20 Mac 2014) - Jumaat (21 Mac 2014)

Penat la sangat. Balik dari kerja malam. But then xpala. Arini bakal berjalan jauh haha. Nervous gak la. Tapi terasa excited sangat. Aku balik kerja just tido utk hilang penat sahaja. Pas zohor, aku bangun and siap2. Yela duit tak tukaq lagi. Harap tukaq aritu dekat KL Festival dalam RM150 ja. Tak tau rate dekat Thailand camna, so mmg kena tukaq siap2 la dekat KL. Setelah survey2 rate, so far aku dapat rumuskan rate dekat Ampang Park lagi ok rate dia. RM10.13 kot kalu xsilap aku dapat utk 100 baht. So dekat situ aku tukaq RM300. Ok sangat dari aku tukaq dkt KL Festival ritu. RM10.51 kot! Ceittt mahaii haha. Orang kalut cam aku ni memang sgt. Choii haha

Settle ja tukaq duit, aku singgah Aeon Setiawangsa, yang dekat AU2 tu. Nak cari travel plug. Lupa nk snap gambaq dia. Tersangat la murah bg aku. RM 6.30 ja wei. Nanti sapa nk beli, bole la beli dekat Aeon ja. Wink wink. Siap beli makanan jajan kit. Dalam 4 petang, aku dah sampai umah. Last check for beg packing aku. Yela kena tengok apa yang tak cukup. Baju sekandaq oi. Haha. Lawokk. Gila berat. Ceitt. Pmpuan camtu la kan. And again lupa nak snap pic barang yang aku bawak haha. Itu pun bapa kali aku buang, masuk, buang baju dalam beg. Sangat pathetic gila aku nih. Kroooiiigghhh. Settle! Aku tidoq seround dlu. Malam kang, housemate aku, Ain akan hantaq aku dan Atin Ruslan ke Puduraya. Tunggu Kak Zai ja dekat sana.

Pukul 9 malam  camtu, kami dah pun bertolak p Pudu. Amik Atin Ruslan. Then straight to Puduraya. Sampai dekat2 pukul 10 gak la. Sempat la aku perkena sup daging dengan nasik goreng kampung dekat kedai makan yang dekat Pudu tu. Ala yang dekat dengan Nando's tu. Terangkat gak wei sup daging dia. Licin aku hirup. Siap ayaq kosong 2 gelas. Jenuh la satgi atas bas haha. Dalam 10.30 malam Kak Zai mesej aku katanya dah sampai dekat dalam Pudu.

Muka excited tgu bas. Haha

Bas pukul 11 malam, kami amik tiket dari Pudu ke Hatyai. Sekepala dalam RM52 sehala. Kami ambil Alisan Golden Coach. So far bagi aku memang ok sangat. Sebab? Siap ada plug USB dengan WIFI haha. Awesome sangat wei. Kikiki. So xdak la buhsan. Walaupun xdak la laju mana WIFI dia tapi for viewing Facebook sangat lah ok. Nak Whatsapp ka apa ka pun bole. Cuma nak layan movie online xleh la sangat. Yala, WIFI dia tak stabil sangat, maybe sebab bergerak kan.

Masa naik bas tu, yang tak bole blah nya bila dia xberhenti wei. Haha aku ni jenis cepat nak buang air kecik. Walau dah buang masa sebelum naik bas tu, mesti nak lagi. Haha, Masa bas gerak tu, aku layan la WIFI, air cond dia gila sejuk, so aku tutup. Then ngantok lak. Aku layan mata dulu. Tetiba aku terjaga. Ahhh sudah. Dia mai dah. Kaki dh tergedik2 dah. Kak Zai jeling ja tengok aku. Haha. Mau tak jeling dia tau dah tabiat aku. Aku wat isyarat nak tuttttt. Haha. Kak Zai bangun p dekat driver. Dengar driver tu cakap jauh lagi nak stop. Oh yeahhhh demyu driver. Puiii... Berpeluh siap aku beb. Punya tahan. Bayangkan dari KL, dia stop dekat R&R Sg Perak. Ohhh yeahh.. Dah nak masuk utara baru nak berenti?? Sampai2 ja tak tnggu dah. Berdesup aku oiiii. Krooigghh damn. 

Perjalanan sangat smooth. Dari pukul 11 malam bertolak, kami sampai dekat Bukit Kayu Hitam dalam pukul 5 pagi camtu. Kami berhenti makan sekejap. Driver bas tu collect passport utk apa ntah, then selit dekat passport, bagi macam 1 slip perjalanan camtu la. Rehat dalam setengah jam, kami bertolak ke border Thai-Msia. Border Thai-Msia buka pukul 6.00pagi, so kami smua turun untuk cop passport. Walaupun time tu awai pagi, tapi tersangat la ramai kot. Mujur kaunter macam buka banyak, so proses cepat jugak la. Naik bas lagi. Kami berhenti dekat Pekan Danok lak. Cop passport lagi untuk Thailand side. Tadi punya side Malaysia. Dekat situ kena kuaqkan beg sebab depa nak scan. Aihhh sangat tak suka nak tnggu. Kaunter buka ada la 3 kot. Orang ramai gila!

Muka tak semenggah haha
Ni dekat Hatyai dah. Tgu van
Tak silap aku, Danok last place utk kita terima line Malaysia. Lepas pada tu nanti akan masuk line Thailand. Kami bertolak ke Hatyai dalam pukul 7 camtu. Sempat jugak la aku lena. Celik2 ja mata aku dah nampak signboard bahasa siam. Haha. Dalam pukul 9 lebih camtu kami sampai depan HQ Alisan Golden Coach tu. Oh ya, time dekat Siam lewat sejam ya. So terus aku set jam tangan aku, and henpon aku. Senang. Kang konfius aku oi. Kiranya kami time tu kami sampai 8 pagi lebih ikut time Thailand. Alang2 tak mau nak pikiaq panjang, kami beli siap2 tiket bas nak balik KL. Harga murah RM2, haha. Dalam RM50. 


Settle tiket bas nak balik, kami book lak van utk ke Krabi. Kami amik van senang sbb teksi takut mahal. Yala perjalanan 4 jam kot dari Hatyai ke Krabi. Alahaiiiiii. Hahaha. Ok caj dia, sekepala 350 baht. Ok aku bagi tips ya. Nak senang congak duit Siam ni just tolak 0 kat belakang tu. Mudah ja wei. So 350 baht caj van tu, maknanya dalam RM 35 sekepala. Van mai pukul 9 pagi time Siam. Tara nak kutip orang yg nak naik van depa tu, dalam pukul 10 camtu baru betul2 bertolak. Dalam 1 van ada la dalam 12 orang kot. Senang toi buat duit hahaha. Perjalanan dalam 4 jam. Aku bapa kali tidoq pun tak tau la. Kami singgah Pekan Trang utk take five. Dan la buang apa yang patut. Hahaha. Kak Zai dengan Atin sempat pekena Lock  Ching. Pulun depa ni haha. Aku memula macam ragu2 jugak la. Yala halal ke x. Tapi kebanyakan yang jual tu adalah Islam. So macam tak risau sangat la.

Kami sampai ke Krabi dalam 2 petang lebih. Tu pun van driver tu tau xtau sangat jalan nak p hotel kami. Aku booked The Sun Bangalow Ao Nang. Bila aku tengok jalan ke hotel ni, dalam hati aku, "Adoiii jauh gak la dari Ao Nang Beach". Dem haha. Nak amik yang dekat dengan Ao Nang beach, bapak mahai oiii. Hotel kami amik di tepi jalan, tapi dalam hutan kit. Sunyi, tenang lak aku rasa. Tak pa try dulu kan. Kami sampai tu disambut oleh owner The Sun Bangalow tu, Reed nama dia. Kecik2 orangnya. Hensem gak la hahahaha. Pulun hg Leya oi!

Patut ritu kami mai berempat, aku book 2 bilik, tapi one of kawan aku tak jadi, so kami bertiga ja. Bilik satu dah cancel. Masukkan sorang ag dalam bilik yang berdua, Reed terpaksa caj kami. Tapi bagi aku tak mahal sebab, 2000 baht utk 2 malam. Bahagi 4 (sebab kwn aku yang cancel last minit-dia kena bayaq jugak). So sorang 500 baht, Wei RM50 sorg tu 2 malam. Tersangat la awesome. Dah setel check in, cepat2 kami masuk bilik. Nak mandi oi. Badan seyes berlengas macam hapa ag. Hohohoho.

Nmpak x muka berlengas. Depan reception The Sun.

Later, continued for next activity on 2nd day .... hahahaha

Monday, March 17, 2014

Penat lelah mengharungi pembikinan passport

Arini aku keja malam. Auwww hahaha. Padahal aku ritu dah kerja malam, tapi tu sebab swap shift dengan member aku. Ni memang aku punya turn la. Ok cuti dah clear. Aku dah nampak clear dekat  schedule aku haha. Percutian aku haha. Krabi wait for meeeeeeee!!

Rini dah Isnin, so Khamis ni nak p. Xlama dah. Insya Allah tak ada apa2 la yang berlaku. Biar semua berjalan dengan baik-baik belaka. Tak sabaq lak haha. Tapi duit mesti abis uwawaa.. hahaha.
Aku budget nak bawak RM500. Mudahan cukup la haha. Dah la kuat makan nih. Nanti dah sampai Krabi akan aku updetkan di sini ya. Mudahan bole jadi panduan ka apa ka. Jumaat lepas, 14 Mac 2014, aku dah pun setel buat passport. Memang la penat aku. Hampeh! Yela. Semangat aku bangun pukul 8.00 pagi. Dah la ayaq xdak kena catu! Grrr. Mujuq la aku dah beli spare ayaq mineral. Aihhhh mandi la aku dengan hat tu. Memang xpuas mandi. Uwaaaaaaaa

Aku drive keta sampai LRT Damai. Park dekat situ, konon nak elak jammed tu yang nak naik LRT. Destinasi aku adalah UTC Pudu. Erk, kat mana xtau la. Nak kena turun dekat Masjid Jamek or mana xtau. Plaza Rakyat? Seyesly dah lupa haha. Last2 call Atin Ruslan. Rupanya kena change train dkt Masjid Jamek. Haha sengal gak aku. Padahal dulu LRT la transport utama aku haha. Ok dah naik tu, turun Masjid Jamek, aku change ke Plaza Rakyat. Berjalan la aku ni. Aihhhh. Exercise oihhh. Dahla dr Plaza Rakyat ke Pudu tu longggggg journey. Hahaha letih aku. Last week penah dah mai UTC tu tapi katanya no giliran dah abis dah tuk ari tersebut. Hampa!

Dalam 9.30am camtu aku dah sampai dekat UTC Pudu tu. Tak tunggu dah kira terus p dekat Jab.Immigration tu. Pi2 ja, one of the officer situ tekan butang yg amik nombor tu smbil kata, "Nombor ni akan dipanggil lepas pukul 2.45PM ye". I was like........................errr

Memang pn dalam tu, dengan jam baru 9.30am, nak tunggu sampai pkoi 2.45PM??? Oh dem huhuhu. Memang xsanggup aku. Tetiba menyesal lak xmai dngan kereta uwawawawa... Kalau dak chalo camtu ja. Aihhhh. Once again journey from Pudu ke LRT Damai uwawawa... Berjalan again. Berpeluh siot belakang baju ni. Sambil on the way balik ke LRT Damai, otak duk pusing2, nak buat mana la passport nih. Dkt Jalan Duta? UTC Sentul? Aih dalam xsedar dah tukar bagai train, aku dah smpai LRT Damai. Lega oihhh. Dalam 10lebih gak la sampai. Dekat kereta terus set GPS dekat Waze. Haha senang kan. Waze dkt henpon gedabak aku ni la. Haha terus search UTC Sentul. Lokasi dekat Bandar Baru Sentul. Bergerak la aku nih. Aihhh

Dah la macam jammed, akhirnya sampai pun dekat UTC Sentul tu. Dah lah berpusing 2kali gak sebab nak cri parking. Sob sob sob. Dah jumpa ja parking kira truih celapak la aku ni cari Jab Immigration. Rupanya dekat tingkat dua. Tngok dr luaq macam tak ramai, so aku pun masuk la p dekat kaunter amik nombor tu. Dekat situ ada sorng pakcik immigration tu tanya aku. "Nak renew passport ke first time nih," Aku pun cakap la aku ni first nak buat passport. Pakcik tu suruh p fotostat IC dulu. Aihhh celapak cri kedai fotostat la pulak aih. Seb baik jumpa huhu. Dah macam Running Man lak aku nih. Hahahahaha lawak aih.

Dah setel tu truih la mik nombor. Nombor aku time tu. 1095. Masa dapat nombor tu, nombor yang tertera 1085. So lagi 10 orang. Aku start tgu tu dalam pukul 11am, termasuk tangkap gambaq, proses bayar and collect passport, sejam ja wei. Wahhhh. Sebelum depa nk rehat, aku dah siap hahaha. Tapi kan, passport aku lawak. Haha. Slap aku p pakai tudung cerah, so depa sruh letak shawl hitam atas kepala. Pastu lak suruh buka spek lak. Aiihhhh. Bila tgok result gmabq? Arrghhh tembamnya aku haha. Lawokk

Apa2 pun passport dah setel. Tinggal nk tukaq duit ja. Yeahh. Krabi tunggu aku datang!

Saturday, March 8, 2014

Titipan kata hati tentang kes Hanez Suraya, Mr.R dan Puan Liyana Manan

Tetiba ja nk komen pasal HS, LM dan Mr.R.

Sebagai seorg wanita yg panjang akalnya, kalau lelaki yg kita bersama ketika itu, lelaki yg kita sayang sgt tu adalah suami kepada seseorang atau bapa kepada anak seseorang, eloklah kiranya kita yang ada akal yang Allah Taala bagi ini dengan bertindak mengundur diri kita dari hidup lelaki itu.

Walau sayang, walau cinta macam mana pun kita, Insya Allah... Allah akan gntikan rasa syg kita, cinta kita kepada org yg berhak utk kita. Qada' dan Qadar Allah janganlah kita permainkan. Jangan terlalu bongkak dengan kelebihan kita sebab bila-bila masa saja Allah Taala boleh tarik. 

Bukan nak tunjuk baik, tapi perjalanan hidup kita ni panjang, kita tak tahu apa akan jadi di masa depan. Jangan terlalu bongkak. Insya Allah kalau benar itu jodoh kita, biarlah dia datang dengan baik dan ikhlas. Tak rugi kalau mengalah demi kebahagian orang lain. Insya Allah sinar bahagia kita akan datang kalau kita bersabar.

Kepada HS, kalau anda yakin anda cantik, seksi dan sebagainya, rasanya anda mampu dapat yang lebih bagus dari yang anda pegang sekarang. Dan pesan saya seorang pemerhati, saya tidak memihak mana-mana pihak, tapi nasihat saya tolong jangan malukan kaum wanita. Kata-kata anda, tindakan anda itu mengambarkan peribadi anda dan secara tidak langsung juga memberi kesan kepada kaum wanita.

P/s : terasa nk cakap banyak sbnarnya tapi takut luka lama berdarah balik. Haha. Sabar itu separuh pada iman Leya. Insya Allah yang ada sekarang boleh bahagiakan hang Leya oi. Peace yow...!