Semalam adalah hari yang paling menyedihkan untuk aku dan keluarga aku. Bidadari kecik kami, Qaseh Nuraina telah pergi ke Rahmatullah, menemui Sang Pencipta-Nya. Subhanallah, Allahuakhbar. Sesungguhnya jantung ini bagai nak tertanggal mendengar perkhabaran ini.
Rabu, 13 Aug.
Aku pi amik Qaseh dr mama dia. Sebab nak jaga dia. Alang2 Sabtu 16 Aug, taman perumahan aku ada Open House. So, aku pi amik, Sabtu leh la mama dia amik nanti. Masa p tu, pegang Qaseh memang dah pana badan nya, tapidalam hati ini meronta nak bela dia. Malam aku tengok dia ok, siap main tepuk amai2 dengan aku dengan mak aku. (Comel sangat dia time tu). Tapi kami spare beli gak Cool Fever. Malam tu memang dia tidoq dengan aku. Aku jaga dia. Tak cukup tidoq. Tapi aku happy sangat jaga dia.
Khamis, 14 Aug.
Panas badan on off. Sekejap ok, sekejap tak. Mak dah bising suruh antaq dekat mama dia. Tapi, aku masih lagi nak jaga dia. Setiap masa, setiap detik aku di sisi dia. Tak pernah rasa penat aku menjaga dia. Dah aku anggap macam anak sendiri. Sumpah! Aku sayang dia sangat. Dia banyak tido, bangun minum susu. Kemudian tido balik. Susu tetap makan, berak tetap berak macam biasa. Dia pun kadang mengusik dia, merengek marah dekat kita.
Jumaat, 15 Aug.
Demam pelan kurang. Tapi Qaseh dah mula senyap. Diam. Mula memang nak antaq balik. Tapi kebetulan mama dia nak datang esoknya. Aku sambung jaga. Masih mau lagi susu dia. Tubuh badan masih elok. Tapi dah mula lembik tubuhnya. Malam tu dia banyak merengek. Ya Allah. Risau.
Sabtu, 16 Aug.
Qaseh tidoq ja. Bila jaga, aku bagi dia susu. Masih lalu walaupun nak abiskan 1 botol pun susah. Padahal kebiasaan, 1 botol sekejap baginya. Tengahari, Qaseh tidoq ja, ditemani Paklang, and Paksu dia, yakni adik2 lelaki aku. Aku tengah siap2kan agar agar untuk santapan Open House.
Malam, Qaseh jadi diam. Mama n abah dia dah pun sampai. Ketika itu, kami mula perasan di lengan kiri Qaseh ada tanda bulat2 kecil yang kami xperasan langsung asalnya. Hanya jadi di tangan kirinya. Gamak tak sudah, kami bawak Qaseh jumpa Ustaz Saad. Menurut kata Ustaz, badan Qaseh lemah. Mudah untuk makhluk halus nak mengusik. kemudian dibacakan ayat2 suci AL-Quran. Diberinya air penawar untuk disapukan dekat tubuh Qaseh. Semua ini sekadar iktiar secara rohani. Balik pada rumah Ustaz, Qaseh dah mula tunjuk respon positif. Dah macam mula lalu nak minum susu. Malam tu, Qaseh tidoq dengan mama dia.
Ahad, 17 Aug.
Aku bangun awai sebab nak antaq adik bongsu balik asrama. Masa dalam kereta, mak cakap adik perempuan cakap pagi tu, Qaseh muntah kuaq kaler hitam. Aku jadi risau. Lepas ja antaq ja Adik Aspat, kami bawak adik aku yng lgi satu tu, Paan p buat IC, cip rosak. Dah settle, terus kami balik rumah. Balik tu, aku tengok Qaseh terbaring lemah dekat tilam dia. Adik aku (mama Qaseh, Angah) cakap semalam langsung dia xmau tidoq, mata asyik memandang atas ja. Aku tengok Qaseh pucat sikit, mata jadi juling seolah2 tengah tahan mengantuk. Badan jadik keras kejung. Ya Allah. Sungguh aku risau. Sekadar mampu membaca Al-Kursi di telinga dia. Bila aku dukung dia, dia jadi lembik abis. Duk tak sudah, terus minta mama dia bawak g hospital.
Petang tu, lepas aku masak and makan. Aku terus terlena sehingga hampir maghrib, bila terkejut dengan panggilan jiran aku di pintu. HP aku, aku tengok ada mesej, ada panggilan tak dijawap. Buka2 ja pintu, jiran aku Umi dengan Maknah cakap Angah call cakap Qaseh tenat, kritikal di hospital. Masya Allah, Subhanallah. Aku betul2 terkejut. Aku jadi buntu, mak lak tetiba hilang pada tu yang rupanya bersama dengan jiran aku yang lain, Cik Liza dengan Cik Zaimah. Aku n adik Paan aku terus shoot p Hosp.Sultan Abdul Halim, SP. Mak lak dah p dekat sana dengan C.Liza dgn C.Zaimah.
Masa sampai di sana, masing2 tengah menunggu. Ceritanya masa nak bawak ke hospital, Qaseh muntah2 darah, dan terus di bawak ke Zon Merah. Kelihatan Angah tengah menahan tangisan. Hati aku time tu..... Ya Allah... Ya Allah.... Jadi gusar, serabut, semua bercampur-campur dalam hati ini. Mendoakan Qaseh supaya baik2 belaka. Mula kami dengar perkhabaran, doktor cakap seolah2 Qaseh didera atau jatuh, yang telah menyebabkan dia muntah darah. Ya Allah sungguh kami sayang sangat dekat Qaseh. Tak mungkin sekali kami buat yang tak baik pada dia. Tunggu dalam pukul 9 malam lebih camtu, doktor panggil mama n abah Qaseh. Kami bersabar menunggu berita. Hancur hati aku, bila Angah keluar dari zon tu, bagi tau kami semua, peluang Qaseh 10% saja yang tinggal. kami mengharap keajaiban. Yassin, Al-kursi di bibir kami semua.
Aku mula call jiran aku. Semua mula datang, mengharapkan keajaiban yang berlaku. Masih menunggu berita dari doktor. Mendengar khabar, mungkin Qaseh akan dibawak ke Hosp.Alor Setar. Katanya di sana ada pakar yang bole tengok keadaan dia. Dan khabar yang lain, darah Qaseh kemungkinan akan ditukar darah lain yang baru. Kami mengharap Qaseh pulih saja, buat la macam mana pun. Tika itu mengharap sangat keajaiban berlaku pada ketika itu. Saat berganti minit, minit berganti jam. Doktor masih jugak belum beri apa2 kata putus. Masih tunggu, sesak dengan jiran2 aku di situ.
Dalam pukul 11 lebih, setelah Angah dah banyak kali masuk dalam untuk tanya bagaimana keadaan Qaseh, baru la doktor panggil mama abah Qaseh masuk dalam. Kami semua pakat berkumpul di depan pintu di depan wad zon Merah tersebut. Menanti penuh harapan. Mengharapkan keajaiban dari Yang Maha Esa. Namun, ajal maut jodoh pertemuan semuanya di tangan Allah Taala. Luluhnya hati aku sebagai seorang kakak, seorang maklong yang amat dan amat menyayangi Qaseh Nuraina, apabila abah dia melulu keluar dari pintu zon tersebut dengan tangisan. Qaseh dah tak dak. Dah tinggalkan kami semua.
Allahhhhh. Hampir terduduk aku mendengar. Qaseh tinggalkan maklong? Ya Allah dugaan apakah ini. Satu2 nya anak saudara aku, Aspat dan Paan, satu2nya anak Angah dgn laki dia, satu2 nya cucu kesayangan mak aku telah meninggalkan kami semua? Ya Allah perkhabaran apakah ini. Apa semua ini. Ya Allah beratnya dugaan-Mu Ya Allah. Berat tapi itulah yang terjadi. Malaikat kecil kami telah pun meninggalkan kami semua. Allahukbar.
Aku melangkah masuk dalam wad tersebut. Mata tertancap melihat sekujur mayat kecil di atas katil berselimut putih. Pucat. Lesu. Kelihatan darah masih di wajah kecil anak itu. Ya Allah, Qaseh.... Qaseh dah tinggalkan maklong? Air mata penuh di mata, mengalir ke wajah aku. Pandangan aku kabur. Ya Allah, hati ingin menidakkan kenyataan di hadapan aku, tetapi mataku ini telah mengiyakannya bahawa kenyataan itu adalah benar belaka. Cepat2 aku kesatkan air mata aku, perlahan merapati anak itu. Pucatnya, Ya Allah.
Bibir ini menyentuh dahi anak itu. Allahuakbar. Sejuknya anak itu. Qaseh Nuraina. Ya dia dah tinggalkan aku. Dia dah tinggalkan mama abah dia. Dia dah tinggalkan paklang, paksu, maktok dia. Allahuakbar. Sungguh aku tahu ini suratan Allah Taala. Tapi kenapa? Kenapa sekejap sangat masa untuk kami bersama Qaseh? Subhanallah. Allah lebih mengetahui segalanya. Barangkali ada hikmah di sebalik dugaan ini.
Mayat Qaseh keluar dari hospital lebih kurang 1 pagi lebih. Mayat bakal dikebumikan di Pengkalan Bujang, umah mama abah Qaseh Nuraina. Pukul 2 pagi camtu baru lah sampai umah depa. Letak Qaseh di atas tilam. Ya Allah, sucinya muka Qaseh. Qaseh umpama sedang tido dengan mulutnya, ku nampak seperti sebek sedikit. Adakah dia memahami dia telah pun meninggalkan kami semua di sini. Aku kembali mengucup dahi itu. Sejuk. Wanginya Ya Allah bidadari kecil-Mu.
Isnin, 18 Aug.
Subuh. Aku cepat2 mandi, dan keluar dari umah untuk amik adik Aspat dari asrama. Dia masih tidak tau mengenai Qaseh. Masa aku sampai dekat dia, dan aku khabarkan hal ini, adik Aspat sangat tenang. Angah mesej, mayat simpan pukul 9am, aku cepat2 drive balik untuk mak aku. Alhamdulilah aku sempat sampai di Pengkalan Bujang. Alhamdulilah jugak la dengan aku bawak laju keta aku, aku selamat sampai. Masa sampai tu, depa buka kain yang menutupi Qaseh. Pipi yang kering kembali basah melihat wajah anak kecil itu. Anak kecil itu dimandikan oleh abah dia, diperkemaskan di atas kain kapan. Dibiarkan wajahnya belum dilitupi kain, kami masing2 diberi peluang tuk tatap wajah anak kecil itu buat kali terakhir. Ya Allah sejuk nya anak maklong. Maklong macam nak amik Qaseh, peluk Qaseh utk hangatkan Qaseh. Tapi aku tak berdaya. Qaseh milik Allah Taala. Dia harus kembali kepada Sang Pencipta-Nya. Ketika itu, wajahnya ku lihat tenang sangat. Seolah olah dia sedang tidur dengan nyenyak. Subhanallah. Qaseh telah selamat berada bersama dengan Sang Pencipta-Nya. Itulah. Itulah kali terakhir mata seorang mak saudara melihat anak saudara kesayangannya. Allahuakbar. Allah Maha Besar.
Angah, adik yang along sayangi,
Salam takziah angah, along ucapkan. Along sayang Qaseh macam anak along sendiri, di mana angah sendiri tahu along macam mana kan. Angah bertuah dapat Qaseh Nuraina sebagai anak angah, di mana dialah akan jadi bidadari angah dengan ezad. Qaseh akan tunggu angah dekat pintu syurga. Redhakanlah pemergian dia angah. Along tau bukan along yang mengandungkan Qaseh, tapi along faham keperitan angah. Sesungguhnya kita semua sangat sayang dekat dia. Tabahlah ngah. Dia gembira bersama Pencipta-Nya
Buat Qaseh tercinta,
Maklong nak Qaseh tau yang maklong sayang. Sayang sangat2. Hanya Allah saja tau mcm mana maklong sayang Qaseh sangat2. Betapa maklong gembira dan bertuah ada anak menakan macam Qaseh. Maklong redha pemergian Qaseh, cuma maklong terkilan tak dapat nak buat2 yang lebih lagi tuk Qaseh. Sekarang hanya titipan doa yang ikhlas dari maklong.
Qaseh, budak baik sangat. Maklong tak penah benci Qaseh. Malah Qaseh lah, salah satu penyebab utama maklong berenti keja di KL, dan mencari keja dekat sini. Betapa maklong nak Qaseh tau yang maklong nak dekat dengan Qaseh. Apa kan daya pencaturan Allah melebihi segalanya. Ajal maut jodoh pertemuan di tangan-Nya.
Maklong nak Qaseh gembira di sana. Sesungguhnya Qaseh bidadari kcil syurga buat mama n abah Qaseh. Tunggu lah mama n abah Qaseh ya. Tunggulah dengan senyuman. Maklong tau, Qaseh budak yang sangat baik dan kami bertuah ada Qaseh. Terima kasih Ya Allah, kerana pinjamkan kami Qaseh Nuraina Muhammad Izar selama setahun sebulan ini. Sungguh kami bertuah memiliki Qaseh Nuraina walaupun sementara. Moga roh Qaseh tenang dan gembira di sana
Qaseh Nuraina Bt Muhammad Izar (02072013 - 17082014)
Subhanallah. Innallilah.
No comments:
Post a Comment