Tuesday, August 26, 2014

Kecelaruan Minda

Saat jam memasuki jam 3.28 am.

Mata ini. Masih belum mahu terpejam. Merehatkan minda. Hari ini badan kurang stabil. Period pain. Headache. Toothache. Bengkak tiba2 di kelopak mata kiri. Oh what a great day today.
Subhanallah. Allah nak duga hg, Leya. Penghapus dosa kecil tu. Kepala berdenyut. Gusi bergetar mengalir deria sakit. Hati melaungkan suara. Pinta untuk beradu. Tapi. Minda bercelaru. Bukan sbb tak jmpa kerja lagi. Tapi.

Mataku pejam semula. Mencari kekuatan. Apa yg sebenarnya terjadi pada aku. Adakah imbasan kenangan lalu kembali mengusik hati? Damn you, leya. Kenapa hg mesti nak buka lipatan sejarah lama? Oh not this anymore. Stop it leya. Don't hurt yourself anymore.

Minda berputar lagi. Celaru. Tangan mencapai handphone. Gallery. Tidak. Jangan leya. Lagi hg buka gambar wajah kecik itu, lagi hg terseksa. Meronta ingin bersama dia. Oh qaseh. Apa maklong nak buat syg. Qaseh tolong maklong qaseh. Maklong celaru syg. Qaseh ada dekat maklong sekarang kn best. Langsung maklong xingat lain dh. Hanya qaseh je maklong nak ingat. Allahuakbar. Leya pls. Enough is enough. You might torture her. Subhanallah. Maafkan maklong syg.
~Sigh~~~

Bersama alunan muzik sentimental Yiruma. Arghh. Minda aku. Kepala aku. Sakit nya. Enough leya. Your mind gonna blow up anytime. Bismillah. Tidur la mata. Kasihanilah tuan mu ini.

Sakit kepala, pls go away......

Monday, August 25, 2014

Perpisahan itu ......

Hari ini. 25 Aug.

8hari sudah berlalu. Wajah nan satu itu. Wajah kesayanganku. 8hari telah berlalu dr tarikh keramat itu. Tarikh 17 Aug. Sumpah! Aku rindu wajah si kecil itu.

Luaran aku ini barangkali kelihatan senyuman terukir di bibir. Tetapi hati merintih pilu rindukan wajah si kecil itu. Redha. Tabah. Ya. Aku redha dan tabah. Subhanallah. Kuasa Allah melebihi segalanya. Tangan di dada, menyabarkan diriku sndri. Ini aku, pe tah lagi si ibunya. Allahuakbar!

A few days back. Mimpikan wajah kesayangan aku itu. Wajahnya ku lihat ketawa mengekek2. Allah. Rindunya gelak tawanya. Tapi. Sungguh. Pabila terjaga dr tidur itu, rinduku terisi.
Qaseh... qaseh dtg jmpa maklong ka? Qaseh nak bg ilang rindu maklong, kan? Aku bngun, tiba2 terukir snyum di bibir. Ya. Anak kcik tu pasti bahagia di sana. Bersama Sang Pencipta-Nya. Bahagia di samping bidadari syurga.



Mataku pejam. Wajahnya terlayar di kotak minda. Senyum tawanya, tangisannya. Ya Allah. Sekejapnya tempoh anak kecik itu bersama aku. Terima kasih ya Allah, pinjamkan sementara anak kecik itu di dalam keluarga kami. Sungguh aku bangga. Sungguh aku rasa bertuah. Memiliki anak saudara yg comel bernama Qaseh Nuraina. Damai lah sayang di sana. Tnggu la mama qaseh di pintu syurga ya.

Andai itu suratan utk keluarga kami, sungguh kami redha segalanya. Moga Engkau lindungilah anak kecik itu, ya Allah. Buat qaseh anak muchuk maklong, walau kita terpisah 2 dunia yang berlainan, tapi maklong nak qaseh tau yang maklong sayang sgt2 dkt qaseh. Qaseh anak maklong yang baik dan comei.

Tenanglah syg. Tenanglah di sana. Bergembiralah bersama bidadari syurga. Moga qaseh gembira dan berbahagia di sana. Sayang Qaseh Nuraina!

Perpisahan itu. Walau perit tapi sungguh aku redha.

Monday, August 18, 2014

Allah Maha Mengetahui ~~~

As salam, lama jugak aku xupdate dekat sini. Banyak benda dah terjadi dekat aku.

Semalam adalah hari yang paling menyedihkan untuk aku dan keluarga aku. Bidadari kecik kami, Qaseh Nuraina telah pergi ke Rahmatullah, menemui Sang Pencipta-Nya. Subhanallah, Allahuakhbar. Sesungguhnya jantung ini bagai nak tertanggal mendengar perkhabaran ini.

Rabu, 13 Aug.
Aku pi amik Qaseh dr mama dia. Sebab nak jaga dia. Alang2 Sabtu 16 Aug, taman perumahan aku ada Open House. So, aku pi amik, Sabtu leh la mama dia amik nanti. Masa p tu, pegang Qaseh memang dah pana badan nya, tapidalam hati ini meronta nak bela dia. Malam aku tengok dia ok, siap main tepuk amai2 dengan aku dengan mak aku. (Comel sangat dia time tu). Tapi kami spare beli gak Cool Fever. Malam tu memang dia tidoq dengan aku. Aku jaga dia. Tak cukup tidoq. Tapi aku happy sangat jaga dia.

Khamis, 14 Aug.
Panas badan on off. Sekejap ok, sekejap tak. Mak dah bising suruh antaq dekat mama dia. Tapi, aku masih lagi nak jaga dia. Setiap masa, setiap detik aku di sisi dia. Tak pernah rasa penat aku menjaga dia. Dah aku anggap macam anak sendiri. Sumpah! Aku sayang dia sangat. Dia banyak tido, bangun minum susu. Kemudian tido balik. Susu tetap makan, berak tetap berak macam biasa. Dia pun kadang mengusik dia, merengek marah dekat kita.

Jumaat, 15 Aug.
Demam pelan kurang. Tapi Qaseh dah mula senyap. Diam. Mula memang nak antaq balik. Tapi kebetulan mama dia nak datang esoknya. Aku sambung jaga. Masih mau lagi susu dia. Tubuh badan masih elok. Tapi dah mula lembik tubuhnya. Malam tu dia banyak merengek. Ya Allah. Risau.

Sabtu, 16 Aug.
Qaseh tidoq ja. Bila jaga, aku bagi dia susu. Masih lalu walaupun nak abiskan 1 botol pun susah. Padahal kebiasaan, 1 botol sekejap baginya. Tengahari, Qaseh tidoq ja, ditemani Paklang, and Paksu dia, yakni adik2 lelaki aku. Aku tengah siap2kan agar agar untuk santapan Open House.

Malam, Qaseh jadi diam. Mama n abah dia dah pun sampai. Ketika itu, kami mula perasan di lengan kiri Qaseh ada tanda bulat2 kecil yang kami xperasan langsung asalnya. Hanya jadi di tangan kirinya. Gamak tak sudah, kami bawak Qaseh jumpa Ustaz Saad. Menurut kata Ustaz, badan Qaseh lemah. Mudah untuk makhluk halus nak mengusik. kemudian dibacakan ayat2 suci AL-Quran. Diberinya air penawar untuk disapukan dekat tubuh Qaseh. Semua ini sekadar iktiar secara rohani. Balik pada rumah Ustaz, Qaseh dah mula tunjuk respon positif. Dah macam mula lalu nak minum susu. Malam tu, Qaseh tidoq dengan mama dia.


Ahad, 17 Aug.
Aku bangun awai sebab nak antaq adik bongsu balik asrama. Masa dalam kereta, mak cakap adik perempuan cakap pagi tu, Qaseh muntah kuaq kaler hitam. Aku jadi risau. Lepas ja antaq ja Adik Aspat, kami bawak adik aku yng lgi satu tu, Paan p buat IC, cip rosak. Dah settle, terus kami balik rumah. Balik tu, aku tengok Qaseh terbaring lemah dekat tilam dia. Adik aku (mama Qaseh, Angah) cakap semalam langsung dia xmau tidoq, mata asyik memandang atas ja. Aku tengok Qaseh pucat sikit, mata jadi juling seolah2 tengah tahan mengantuk. Badan jadik keras kejung. Ya Allah. Sungguh aku risau. Sekadar mampu membaca Al-Kursi di telinga dia. Bila aku dukung dia, dia jadi lembik abis. Duk tak sudah, terus minta mama dia bawak g hospital.

Petang tu, lepas aku masak and makan. Aku terus terlena sehingga hampir maghrib, bila terkejut dengan panggilan jiran aku di pintu. HP aku, aku tengok ada mesej, ada panggilan tak dijawap. Buka2 ja pintu, jiran aku Umi dengan Maknah cakap Angah call cakap Qaseh tenat, kritikal di hospital. Masya Allah, Subhanallah. Aku betul2 terkejut. Aku jadi buntu, mak lak tetiba hilang pada tu yang rupanya bersama dengan jiran aku yang lain, Cik Liza dengan Cik Zaimah. Aku n adik Paan aku terus shoot p Hosp.Sultan Abdul Halim, SP. Mak lak dah p dekat sana dengan C.Liza dgn C.Zaimah.

Masa sampai di sana, masing2 tengah menunggu. Ceritanya masa nak bawak ke hospital, Qaseh muntah2 darah, dan terus di bawak ke Zon Merah. Kelihatan Angah tengah menahan tangisan. Hati aku time tu..... Ya Allah... Ya Allah.... Jadi gusar, serabut, semua bercampur-campur dalam hati ini. Mendoakan Qaseh supaya baik2 belaka. Mula kami dengar perkhabaran, doktor cakap seolah2 Qaseh didera atau jatuh, yang telah menyebabkan dia muntah darah. Ya Allah sungguh kami sayang sangat dekat Qaseh. Tak mungkin sekali kami buat yang tak baik pada dia. Tunggu dalam pukul 9 malam lebih camtu, doktor panggil mama n abah Qaseh. Kami bersabar menunggu berita. Hancur hati aku, bila Angah keluar dari zon tu, bagi tau kami semua, peluang Qaseh 10% saja yang tinggal. kami mengharap keajaiban. Yassin, Al-kursi di bibir kami semua.

Aku mula call jiran aku. Semua mula datang, mengharapkan keajaiban yang berlaku. Masih menunggu berita dari doktor. Mendengar khabar, mungkin Qaseh akan dibawak ke Hosp.Alor Setar. Katanya di sana ada pakar yang bole tengok keadaan dia. Dan khabar yang lain, darah Qaseh kemungkinan akan ditukar darah lain yang baru. Kami mengharap Qaseh pulih saja, buat la macam mana pun. Tika itu mengharap sangat keajaiban berlaku pada ketika itu. Saat berganti minit, minit berganti jam. Doktor masih jugak belum beri apa2 kata putus. Masih tunggu, sesak dengan jiran2 aku di situ.

Dalam pukul 11 lebih, setelah Angah dah banyak kali masuk dalam untuk tanya bagaimana keadaan Qaseh, baru la doktor panggil mama abah Qaseh masuk dalam. Kami semua pakat berkumpul di depan pintu di depan wad zon Merah tersebut. Menanti penuh harapan. Mengharapkan keajaiban dari Yang Maha Esa. Namun, ajal maut jodoh pertemuan semuanya di tangan Allah Taala. Luluhnya hati aku sebagai seorang kakak, seorang maklong yang amat dan amat menyayangi Qaseh Nuraina, apabila abah dia melulu keluar dari pintu zon tersebut dengan tangisan. Qaseh dah tak dak. Dah tinggalkan kami semua.

Allahhhhh. Hampir terduduk aku mendengar. Qaseh tinggalkan maklong? Ya Allah dugaan apakah ini. Satu2 nya anak saudara aku, Aspat dan Paan, satu2nya anak Angah dgn laki dia, satu2 nya cucu kesayangan mak aku telah meninggalkan kami semua? Ya Allah perkhabaran apakah ini. Apa semua ini. Ya Allah beratnya dugaan-Mu Ya Allah. Berat tapi itulah yang terjadi. Malaikat kecil kami telah pun meninggalkan kami semua. Allahukbar.

Aku melangkah masuk dalam wad tersebut. Mata tertancap melihat sekujur mayat kecil di atas katil berselimut putih. Pucat. Lesu. Kelihatan darah masih di wajah kecil anak itu. Ya Allah, Qaseh.... Qaseh dah tinggalkan maklong? Air mata penuh di mata, mengalir ke wajah aku. Pandangan aku kabur. Ya Allah, hati ingin menidakkan kenyataan di hadapan aku, tetapi mataku ini telah mengiyakannya bahawa kenyataan itu adalah benar belaka. Cepat2 aku kesatkan air mata aku, perlahan merapati anak itu. Pucatnya, Ya Allah.

Bibir ini menyentuh dahi anak itu. Allahuakbar. Sejuknya anak itu. Qaseh Nuraina. Ya dia dah tinggalkan aku. Dia dah tinggalkan mama abah dia. Dia dah tinggalkan paklang, paksu, maktok dia. Allahuakbar. Sungguh aku tahu ini suratan Allah Taala. Tapi kenapa? Kenapa sekejap sangat masa untuk kami bersama Qaseh? Subhanallah. Allah lebih mengetahui segalanya. Barangkali ada hikmah di sebalik dugaan ini.

Mayat Qaseh keluar dari hospital lebih kurang 1 pagi lebih. Mayat bakal dikebumikan di Pengkalan Bujang, umah mama abah Qaseh Nuraina. Pukul 2 pagi camtu baru lah sampai umah depa. Letak Qaseh di atas tilam. Ya Allah, sucinya muka Qaseh. Qaseh umpama sedang tido dengan mulutnya, ku nampak seperti sebek sedikit. Adakah dia memahami dia telah pun meninggalkan kami semua di sini. Aku kembali mengucup dahi itu. Sejuk. Wanginya Ya Allah bidadari kecil-Mu.

Isnin, 18 Aug.
Subuh. Aku cepat2 mandi, dan keluar dari umah untuk amik adik Aspat dari asrama. Dia masih tidak tau mengenai Qaseh. Masa aku sampai dekat dia, dan aku khabarkan hal ini, adik Aspat sangat tenang. Angah mesej, mayat simpan pukul 9am, aku cepat2 drive balik untuk mak aku. Alhamdulilah aku sempat sampai di Pengkalan Bujang. Alhamdulilah jugak la dengan aku bawak laju keta aku, aku selamat sampai. Masa sampai tu, depa buka kain yang menutupi Qaseh. Pipi yang kering kembali basah melihat wajah anak kecil itu. Anak kecil itu dimandikan oleh abah dia, diperkemaskan di atas kain kapan. Dibiarkan wajahnya belum dilitupi kain, kami masing2 diberi peluang tuk tatap wajah anak kecil itu buat kali terakhir. Ya Allah sejuk nya anak maklong. Maklong macam nak amik Qaseh, peluk Qaseh utk hangatkan Qaseh. Tapi aku tak berdaya. Qaseh milik Allah Taala. Dia harus kembali kepada Sang Pencipta-Nya. Ketika itu, wajahnya ku lihat tenang sangat. Seolah olah dia sedang tidur dengan nyenyak. Subhanallah. Qaseh telah selamat berada bersama dengan Sang Pencipta-Nya. Itulah. Itulah kali terakhir mata seorang mak saudara melihat anak saudara kesayangannya. Allahuakbar. Allah Maha Besar.

Angah, adik yang along sayangi,
Salam takziah angah, along ucapkan. Along sayang Qaseh macam anak along sendiri, di mana angah sendiri tahu along macam mana kan. Angah bertuah dapat Qaseh Nuraina sebagai anak angah, di mana dialah akan jadi bidadari angah dengan ezad. Qaseh akan tunggu angah dekat pintu syurga. Redhakanlah pemergian dia angah. Along tau bukan along yang mengandungkan Qaseh, tapi along faham keperitan angah. Sesungguhnya kita semua sangat sayang dekat dia. Tabahlah ngah. Dia gembira bersama Pencipta-Nya


Buat Qaseh tercinta,
Maklong nak Qaseh tau yang maklong sayang. Sayang sangat2. Hanya Allah saja tau mcm mana maklong sayang Qaseh sangat2. Betapa maklong gembira dan bertuah ada anak menakan macam Qaseh. Maklong redha pemergian Qaseh, cuma maklong terkilan tak dapat nak buat2 yang lebih lagi tuk Qaseh. Sekarang hanya titipan doa yang ikhlas dari maklong.

Qaseh, budak baik sangat. Maklong tak penah benci Qaseh. Malah Qaseh lah, salah satu penyebab utama maklong berenti keja di KL, dan mencari keja dekat sini. Betapa maklong nak Qaseh tau yang maklong nak dekat dengan Qaseh. Apa kan daya pencaturan Allah melebihi segalanya. Ajal maut jodoh pertemuan di tangan-Nya.

Maklong nak Qaseh gembira di sana. Sesungguhnya Qaseh bidadari kcil syurga buat mama n abah Qaseh. Tunggu lah mama n abah Qaseh ya. Tunggulah dengan senyuman. Maklong tau, Qaseh budak yang sangat baik dan kami bertuah ada Qaseh. Terima kasih Ya Allah, kerana pinjamkan kami Qaseh Nuraina Muhammad Izar selama setahun sebulan ini. Sungguh kami bertuah memiliki Qaseh Nuraina walaupun sementara. Moga roh Qaseh tenang dan gembira di sana


Qaseh Nuraina Bt Muhammad Izar (02072013 - 17082014)


Subhanallah. Innallilah.

Wednesday, August 13, 2014

Umpama PM katanya

Selasa punya crita. Busy xsangga la noh. Kekee. Dah la penat drive dr semalam, Isnin xhilang. Ni penat Selasa lak dh haha. Tu yang title pon mai lagu tu. Wahahaha.

Bangun pg, siap2 mandi. Oh lupa rini start balik diet atkins. Hukhukhuk. Hope leh terus lama. Geram tgk mmber FB sorg tu. 2bulan trun 17kg kot. Ceitt. Xleh jadik ni. Breakie pon makan teluq rebuih 2biji haha.

Ok2 back to the topic. Bangun awai siap2 ni puncanya nk p amik stock baju. Kan ckp nak nega kan. Haha. So pkui 11am memang dh ada jnji dengan kwn aku tu. Kami brjmpa di depan Oldtown yg sebelah Giant Kulim tu. Banyak gk stock dia bgi. Mudahan berjalan dgn baik. Jmpa sat sbb nk pass stock ja. Then terpa balik p Padang Serai. Konon nk cri kedai servis keta. Igt nk tukaq minyak auto. Last2 ke lain nya aku buat. Choiii

Sebelum tu, aku singgah dlu dekat Sg.Seluang. P kedai makan mamak aka nasik kandaq yg bg aku dkt dia la ayam goreng plg awesome. Masa keja dkt Fulijaya dulu, situ la tempat aku lepak. Terbaik kot. Aku tapau ayam ja utk lunch aku. Hahaa. Oh ya, pasal xsat yang kata aku perabis kot lain tu. Aku p melingkup RM80 aku dekat Klinik Pergigian. Huhuhu. Lama dh buat scaling. So terpa p la kan.

Komen aku pasal scaling? Errr. Maybe lain orang lain experience dia, tp aku punya. Ya Allahh..... Mmg sakit sngat. Dia bknla sakit mcm nak mati tp ntah xtau nak ckp. Abis berdarah aku ni. Ayaq mata ka, ishhh merambu oih. Abis celak aku hahaha. Tp puas ati la gigi nmpak bersih. Bkn utk putih na. Hat putih tu org pgil polish or bleaching. Tu maheyy oi haha.

Gigi mcm seriau gak la. Mnum ayaq ais lak, uikss ngilu setalam la oih. Hahaha. Makan orait ja. Tapi pedo gk la sbb xmau nak naek karat2 tu. Just rajin kumuq dgn mouthwash n gosok gigi, elok la gigi tu. Lama gk la doc tu buat. Sejam gak la. Huhu padan sgt la kena caj RM80 pun. Huhuhu.

Abis smua tu, aku pun balik. Ha balik tu lak mmg double penat haha. Almari aku order dri Padang Serai dh smpai. So operasi kemas bilik aku. Abis sakit pinggang n lenguh kaki. Tngok baju2, tudung2 aku, aihh mcm nk pengsan smpai esok. Gila banyak. Duk KL 2thun, tpi beli barang cm dh duk 5thn! Pffttt. Penat xsangga la aku ni. Smpai terlena aku elok lepas dr abis kemas. Tu pun ada lagi baju xlipat. Space dlm almari dh abis. Uwawawa. Cane ni. Ishhhh. Pospone lain hari la, nanti pikiaq lain noh.

Badan pun dan2 jadik nak demam. Dgn makan xsmpurna sgt ni. Kekekeke. Ayat aku niiii.. Hahaha. Hope jadi la diet atkins ni. Doa2kan ceq nah. Kekeke.

Monday, August 11, 2014

Last day at KL

Title xleh blah. Kekekee. Semalam aku baru ja sampai dari Kedah ke KL. Amik brg yang serpih2 yang tinggal di rumah sewa. Penyewa bilik aku dah jumpa dah. At last gak bg dekat senior aku masa dekat sekolah rendah and UiTM. Sebelum brtolak tu, mak aku ajak singgah p dekat adik Aspat. Antaq bihun goreng. Katanya ada jamuan raya.

So, betul2 naek highway dalam pkoi 10am. Aku smpai KL sebelum pkul 1,2petang camtu. Tu pun singgah Rawang berkelah makan lunch. Dan lak mak aku masak kekeke. Sampai2 terus masuk umah rehat2 smbil tnggu K.Ina. Alhamdulilah smua dah settle dah. Deposit pn dh dapat dah. Huhu amin.

Dan alhamdulilah jugak, almari dgn tilam Kak Ina nak amik jugak. So lega la kit. Peti ais ja aku duk pening kit. Hahaha. Petang lepas dh jmpa dgn K.Ina, kami p berjalan dkt Jalan TAR. Xbeli sangat apa pun. Cuci mata ja. Besa la mak kalau xsinggah Jalan TAR xsah. Hahaha.

Lepas maghrib singgah AEON Setiawangsa. Makan dkt Black Canyon. Terbaik baq hg. Hehehe. Ni hrini dh Isnin. Tengah nak siap2 brg nak sumbat dlm keta. Semalam dh sumbat dah. Jenuhhhh. Tu pun luggage aku hat besaq dgn beg besaq pas dkt K.Ina. Ujung bln ni p amik. Ni duk serabut dgn kipas. Maybe pas dkt K.Ina jugak kot. Tula leya oi. Duk KL 2thn ja pun, tpi barang macam dah duk 5thn. Choiiii haha

Sunday, August 10, 2014

Busy macam PM

Hari ni sakan sungguh. Dh la bangun agak lambat. Terlepas aku nak p walk in interview kilang First Solar. Aihhh. Tak pa rezki Allah luas. Then rini jugak ada kenduri Baya. Kawan aku masa dekat UiTM dngan masa dekat RHB dulu. Dahla tu lupa lak smalam kuaq dengan mak, tak p beli hadiah. Ah sudah. Celapak la siap diri ni. Pukul 12 gak la kuaq dari umah.

Dengan lengang kangkung lak p beli hadiah. Ah lupa bawak lipstick pulop. Kekekee. Malas nak patah balik, cari kedai pulak dh. Sengal hg leya oi. Dapat lip tinted pon boleh saja. Then baru tergedik2 nak naik highway. Choiiii. Seb baik la duk tanya orait, jumpa jugak akhirnya tempat kenduri Baya. Dia buat dekat Restoran Bendang D'Kelubi. Sedap makanan dia. Nak tmbah malu baq hang. Hahaha!

Duk lama gak la sebab jumpa kawan ex-UiTM dulu. Sampai umah dalam pukul 4.30ptg. Lepas seround dgn jiran. Ish busy dak aku haha. Pas maghrib tolong mak buat tauhu teluq. Sedap baq hang haha. Mak aku la buat, aku celup teluq n goreng ja pun. Kekeke. Mak cakap ada meeting. Gituuu meeting uolsss haha.

Mak kata mgu depan taman perumahan kami ada open house. Tu depa duk meeting nk buat masak apa. Mak aku meeting nak bgi makan hat tu la. Jiran aku buat mee goreng basah. Sedap! Oihh keja makan saja aku ni. Abis menyembang depa tu dekat pukui 12 malam gak la. Dasat depa ni.

Tadi ni sebelum aku masuk blog, aku ada whatsapp dengan kwn UiTM aku dulu ni. Dia ajak buat bisness jual dress and jubah. Xyah modal katanya. Dia bagi barang, letak hrga dkat aku. Then aku joi la. Ishh macam tertarik gak ni. Aku nak try la tengok. Selasa ini insya Allah kami akan jumpa. Diskuss palu. Heee.

Esok dah la nak p KL. Amik barang yang mana duk tinggai lagi dekat umah sewa tu. Dah jumpa da penyewa utk bilik aku. Lega la baq hg oihh. Then pasni p KL utk berjimba ja la. Malas dah ceq duk sna. Duk 2tahun pun duk homesick tequk. Hahaha

Thursday, August 7, 2014

Kerja. Kerja. Kerja

Hari ke berapa ntah dekat umah dh. Masih mood mencari keja. Hope ada la yang lekat. Mudah2an adalah rezki aku utk mak n adik2. Macam2 dh dok rancang nak buat kalu dh mula keja kat sini. Insya Allah rezki Allah luas. Kita sbgai hamba-Nya haruslah percaya dengan rezki Allah. Amin

Sabtu ni nak p Jitra ada kenduri Baya. Then mak ckp ada mesyuarat lak dkt taman utk jamuan raya. Ahad kena p KL dah, jmpa dengan Kak Ina. Penyewa baru utk bilik aku. N aku kena angkut dh smua barang dh. Lepas tu, no more KL huhu. Cukup la sudah. Berbakti dekat dgn mak pulak.

Ya Allah, mudah2an lekat la cepat keja nanti. Amin2. Berharap sngt. Aku tau aku tak amik keputusan yang salah. Amin. Mudah2an.

Sunday, August 3, 2014

Penganggur Terhormat

Hai diary blog,

Esok dah nak masuk syawal 8, esok jugak orang barangkali raya puasa enam. Aku tak buat pun la, kena ganti yang wajib dulu huhu. Esok jugak aku kena stat cari keja dah ni. Raya cukup la seminggu. Alhamdulillah jugak, dah jumpa jugak penyewa untuk bilik dekat KL tu. And also dengan almari aku. Ingat nak tnya dia tengok, nak tilam jugak. Kalau orang tu nak, yes, yes, yes la jawapnya.

Tadi aku dah pass kan resume aku dekat Cik Zaini, jiran aku tu. Dia keja executive dekat Inokom tu. Katanya ada post available dekat situ. Dulu pernah p dah kilang tu, tapi tak dapat sebab aku xdak lesen keta punya pasai. La ni nak try sekali lagi. Inokom tu aku banyak dengaq banyak benefit dekat situ, tu yang macam pulun nak apply. Tapi dalam masa yang sama, aku esok ni kena p jugak kilang adik Paan aku keja dulu. Ada HR dia nak jumpa, nak sembang camna tengok. Dia kata ada la jawatan kosong tuk clerk. Tapi aku cakap kalau gaji ok, aku ok ja. Sebab nak pi situ aku kena tempuh 2 tol jugak la. Kalu pi dengan moto jimat la aku hoho.

Esok aku kena bare in mind. Nak p Ambank Kulim jugak. Ada intake katanya dekat situ untuk CSO. Kalau dapat orait jugak la huhu. Harap2 ada la rezki aku dekat Kedah or Penang. Amin2