Hai hai.
Kekeke. Terasa macam tak betul sikit. Aku dah mula
penulisan novel sekarang ni. Baru nak masuk BAB 3. Itu tak tahu lah sama ada
bakal habis atau senyap. Haha.
Tapi di sini aku nak bagi teaser sikit. Tak tau la best ka
tidak cerita ini. Tajuk aku dalam samaran lagi. Tak tau nak boh tajuk apa.
Cerita barangkali ada bau-bauan Jepun sikit, sebab aku memang minat manga
dengan anime Jepun. Kalau ikut pada cerita melayu, rasanya tak camtu kot.
Kroooiiiiggghhhh
*********************************************************************************
“Kau pekerja dekat restoran hujung sana, bukan? Bekerja
balik lewat sebegini? Tanya lelaki itu. Senyuman di bibirnya sangat sinis di
mata Aleesya. Aleesya terdiam sambil tangannya cuba meleraikan pegangan lelaki
itu di rambutnya.
“Kalau kau perlukan wang, macam mana kalau aku BELI kau?”
Soal lelaki itu lagi seraya melepaskan pegangannya di rambut Aleesya. Gadis itu
tersentak mendengar kata-kata lelaki tersebut.
Beli? Beli apa? Aku? Aleesya tidak dapat melarikan dirinya.
Lelaki itu merapatinya dari hadapan. Belakang Aleesya adalah dinding bangunan
di tepi jalan itu. Mulutnya tidak dapat bergerak, suaranya seperti tersangkut di
kerongkong.
Beli. Beli aku? Jantungnya berdegup kencang memikirkan
kata-kata lelaki itu. Tidak semena-mena lelaki itu merapati Aleesya. Terhenti
langkahnya dihadang dinding di belakangnya. Matanya menangkap tindakan tangan
lelaki itu yang meyeluk poket seluarnya. Seperti tadi, lelaki itu melemparkan
wang ke arahnya. Tergamam Aleesya di situ. Tidak sempat berbuat apa, tiba-tiba
bibirnya disentuh. Oleh bibir lelaki itu! Lama. Terbuka luas mata Aleesya.
Tidak!
“Mulai sekarang kau adalah kepunyaan aku,” Kata
lelaki itu lagi, selepas tautan bibir mereka dilepaskan. Terduduk Aleesya di
situ. Lelaki yang aku kurang jelas wajahnya membeli aku?
Tidak! Beli aku?
*********************************************************************************
Hahaha macam lawak lak. Gila punya cerita ini. Aku akan
cuba tidak "melucahkan" cerita ini. Oppssss. Krrooiiiiigghhh...
Kekekkee
~~ Mood menulis datang lah... Datang lah.... ~~
Mohon komen yang suci lagi bersih dari ampa semua boleh
dak??? T____T
No comments:
Post a Comment