Thursday, September 18, 2014

Qaseh Budak Muchuk





17 Aug 2014.

Satu tarikh yang akan aku ingat sampai bila-bila. Satu wajah itu telah meninggalkan aku buat selama-lamanya. Dia yang aku sayang seperti anak aku sendiri. Dia yang aku 'adore' sangat-sangat dalam hidup aku.   Tapi apakan daya diri ni tidak mampu menolak ketentuan yang telah Allah tetapkan ke atas hamba-hambaNya. Insan kecil itu telah diambil semula si Sang Pencipta untuk mengadap-Nya. Sungguh aku lemah untuk menghadapi semua ini. Andai aku sendiri sebagai ibu saudara pun sebak sedih, apa tah lagi ibu kepadanya, adik aku.

Ya Allah, besar sungguh dugaan kami sekeluarga ini.




17 Sept 2014.

Sebulan sudah insan kecil comey itu telah meninggalkan kami sekeluarga. namun kini aku lebih tenang, lebih redha dengan pemergian dia mengadap Ilahi. Sungguh. Aku sungguh merinduinya. Jari aku. Aku cuba untuk menghalang supaya tidak membuka galeri gambar insan itu. Ya. Insan yang ku sayangi sampai mati. Qaseh Nuraina. Tetapi memandang pada adik aku dan adik ipar aku, mak aku, sungguh aku kagum dengan depa. Depa kuat. Depa sangat tabah. Aku bangga punya keluarga yang tabah. 9 tahun yang lalu, kami kehilangan tonggak keluarga iaitu ayah aku, Khairol Azhar. Kini kami kembali kehilangan pula sumber kekuatan, sumber kegembiraan kami, Qaseh Nuraina. Subhanallah. Sesungguhnya Allah menyayangi kami. Sebab itulah kami diduga sebegitu. Amin

Sebulan sudah berlalu, ketiadaan Qaseh Nuraina tetap bersemadi di dalam hati kami. Bila aku masuk bilik, aku masih nampak bayangan wajah insan comei itu. Ya Allah sungguh aku rindu wajah itu. Masih ingat lagi aku yang suka mengusiknya dengan panggilan Qaseh budak muchuk. Aku pasti akan mengucupnya. Subhanallah Ya Allah.

Al.fatihah buat sayang maklong di sana. Semoga Qaseh tenang di sana, dan nantikanlah mama Qaseh di sana.




No comments: