Thursday, September 18, 2014

Qaseh Budak Muchuk





17 Aug 2014.

Satu tarikh yang akan aku ingat sampai bila-bila. Satu wajah itu telah meninggalkan aku buat selama-lamanya. Dia yang aku sayang seperti anak aku sendiri. Dia yang aku 'adore' sangat-sangat dalam hidup aku.   Tapi apakan daya diri ni tidak mampu menolak ketentuan yang telah Allah tetapkan ke atas hamba-hambaNya. Insan kecil itu telah diambil semula si Sang Pencipta untuk mengadap-Nya. Sungguh aku lemah untuk menghadapi semua ini. Andai aku sendiri sebagai ibu saudara pun sebak sedih, apa tah lagi ibu kepadanya, adik aku.

Ya Allah, besar sungguh dugaan kami sekeluarga ini.




17 Sept 2014.

Sebulan sudah insan kecil comey itu telah meninggalkan kami sekeluarga. namun kini aku lebih tenang, lebih redha dengan pemergian dia mengadap Ilahi. Sungguh. Aku sungguh merinduinya. Jari aku. Aku cuba untuk menghalang supaya tidak membuka galeri gambar insan itu. Ya. Insan yang ku sayangi sampai mati. Qaseh Nuraina. Tetapi memandang pada adik aku dan adik ipar aku, mak aku, sungguh aku kagum dengan depa. Depa kuat. Depa sangat tabah. Aku bangga punya keluarga yang tabah. 9 tahun yang lalu, kami kehilangan tonggak keluarga iaitu ayah aku, Khairol Azhar. Kini kami kembali kehilangan pula sumber kekuatan, sumber kegembiraan kami, Qaseh Nuraina. Subhanallah. Sesungguhnya Allah menyayangi kami. Sebab itulah kami diduga sebegitu. Amin

Sebulan sudah berlalu, ketiadaan Qaseh Nuraina tetap bersemadi di dalam hati kami. Bila aku masuk bilik, aku masih nampak bayangan wajah insan comei itu. Ya Allah sungguh aku rindu wajah itu. Masih ingat lagi aku yang suka mengusiknya dengan panggilan Qaseh budak muchuk. Aku pasti akan mengucupnya. Subhanallah Ya Allah.

Al.fatihah buat sayang maklong di sana. Semoga Qaseh tenang di sana, dan nantikanlah mama Qaseh di sana.




Wednesday, September 10, 2014

Temuduga yang SCAM??

Assalamuailaikum,

Apa kabaq semua? Hari ini barulah leh relax2 sikit. Gila busy. Busy apa pun xtau la. Start dari Jumaat lepas sampai lah ke hari ni. Macam-macam la jadi dekat aku for past few days ni. Tapi today, aku nak story - mory pasal temuduga nan satu ni.

Last thursday camtu la kalu xsilap, disebabkan aku memang tengah nak cari kerja, aku ada la usha-usha keja dekat mudah.my tu. Ada 1 iklan tu menarik perhatian aku dengan job title dia "Assistant Event Management". Dalam hati, wow. Macam best ja. Disebabkan tak ada emel untuk aku nak hantaq resume, so ada la nombor telefon pejabat dekat situ. Maka dengan itu, aku pun called that number. Disambut oleh dengan suara sorang perempuan. Aku pun cakap la yang aku ada nampak post job dekat mudah.my. Then dia kata ok, esok datang interview. Aku at first macam, "ha, interview?". Cepatnya panggil. Taknak tengok resume dulu ke apa. Tapi aku diam ja. Think positive la katakan. So aku cakap la, ok sok aku akan datang. Lokasi dia berdekatan dengan Megamall Pacific dekat Perai. Siap pesan dekat aku kena pakai formal. Aku pun "oh ok"

Esoknya tu, Jumaat , 5 Sept, interview dalam pukul 11 pagi. Aku sampai awal gak la dalam 10.40 pagi camtu. Lokasi macam senang nak tuju, so aku terus naik office depa. Dekat dengan Pearl View Hotel. Ofis depa dekat tingkat 4, so dengan jantung dug dag ni aku pi la ofis tu. Time aku blur ja memang langsung tak search pasal cmpany ni. Nama dia, Orin's Advertising. Aihhh. Masa aku sampai tu, aku nampak ada 2 org dah tnggu. Aku pun terus ke kaunter untuk daftar temuduga tu. Masa aku tengah isi form tu, orang first yang datang tu masuk dalam bilik temuduga. Tapi yang mengharirankan, elok ja aku antaq form balik dekat kaunter, budak yang masuk first tu dah keluaq dah. Dia senyum2 sambil cakap dekat kakak kaunter tu yang dia akan second interview. Aku dalam hati masih tak pikir apa lgi. Just macam"wow, senangnya" huhuhu. Bodo sungguh noh aku haha.

Then lepas tu turn aku pulak. Masa aku masuk dalam office tu, ada seorang pengawai lelaki dalam tu. Muka leh tahan la. Duk main HP masa aku masuk tu. Duk taip apa pun xtau la. Then temuduga bermula. Resume aku dia just tengok2 camtu je. Yang peliknya (Tu pun aku tak dapat tangkap lagi...hahaha), dia punya system keja dia. Dia explain dekat aku akan masuk operation dalam 6 to 8 months, dengan gaji 1300 sampai 1600, tapi tak dak potongan EPF. Pelik. Bole lak camtu. Then lepas time tu, akan diserap masuk dalam management dengan gaji 2800. Sapa tak terliuq kan dengan tawaran camni kan? Haha. Interview memang sat gila. Dia terus kata aku dah selected untuk 2nd interview, which is kena mai balik sekali lagi Isnin depan. 8 Sept la jawapnya. Aku pun woahhh. Ok saja la. Dah memang nak cari kerja kan.

Lepas ja tu , aku pun kuaq la kan. Masa tu aku tengok jam, baru 11.10 pagi camtu. Choi memang gila sat. Masih tak sambung jugak sel-sel otak aku ni. Yala aku duk pikiaq, depa ni sungguh ni nak pakai orang. Hahahaha. Gila la hang ni Leya oiii. Then terus aku balik. So Sabtu and Ahad full gak jadual aku. Sabtu dengan aku p amik stock blouse and baju yang lain. Ahad lak p Kulim, ada Hari Kerjaya under Pejabat Tenaga Kerja daerah Kulim. Tu pun lawak gak, aku nyaris salah tempat. Sepatutnya aku kena p Hotel Seri Malaysia. Tapi aku hampir nak masuk Dewan Bandaran Kulim. Dah la time tu ada mesyuarat UMNO kot hahhaa. Bukan nak tengok betul2 tau hang ni Leya.

Ok back to the topik, Isnin, 8 Sept. Aku ni bersiap la nak p kononnya 2nd interview tu. Aku kena pi sana dalam pukul 9.30 pagi. Masa tu aku bawak mak aku sekali. Tapi singgah p umah Makjang Teh. Tak jauh pun dengan tempat aku nak pi tu. Aku sampai dekat opis tu dekat-dekat 9.30 pagi. Masa sampai tu, Subhanallah punya la kuat depa buka lagu. Dalam hati dah mula terdetik pelik, ofis apa camni. Time tu sel-sel otak dah berhubung sikit. Tapi tak banyak la. Hahahaha. Masa sampai tu, aku dihendaki buat test. Aku tengok macam soalan Math camtu la. Time aku sampai tu, aku sorang ja. Masa duk jawap tu, tetiba ada sorang budak pempuan masuk bilik conference. Rupanya pempuan yang first interview tempoh hari. Aku sekadar senyum control gitu. Hehehe

Tengah duk jawap, lelaki yang temuduga aku ritu panggil nama aku. Dia perkenalkan aku seorang supervisor katanya. Nama dia, I***). That guy nama, Az***, suruh aku follow I*** tu untuk buat outdoor, and observation. Aku pun, err ok lah. Then I*** tu tanya aku mai sini naik apa. Aku yang suci lagi polos, pi bagtau aku mai sendri naik keta la. Dia kata naik keta aku bole x. Katanya nak p area Bagan Lalang. Aku pun "Err, orait". So kami pun bertolak la. Sambil on the way tu sembang-sembang la kami. Kami p bertiga, ada sorang lagi budak pempuan dalam lingkungan 21 tahun. Nama dia W***. Maaflah aku xleh nak dedahkan nama2 depa ni. Huhu. Kesian kat depa.

Bila dah sampai area sana, I*** ni ajak nak sarapan or makan dlu. Aku pun ok saja la. Takkan tak bagi kan. Since masa sebelum sampai dekat opis tadi, aku dah breakkie dah dengan mak aku. So aku minum ja. So masa makan tu, si I*** tu explain la operation depa camna. Dia kata dalam 1 minggu depa akan di'assign' satu area untuk depa edar flyer and promote health care punya produk.Aku just diam, ada la tanya soklan tu. Sangat nonsense bila aku pikiaq balik hahaha. Ok bila dah settle makan. si I*** tu suruh masuk area kilang. Aku pon tak cakap banyak la just bawak ja. Dekat sana aku tengok si I*** dengan W***, pi satu2 kilang, promote flyers. Dari dalam kereta, aku tengok depa edar flyers and kuaqkan satu alat apa ntah. Aku at first tak faham lagi. Then lepas tu kami langsung ke area shoplot lak. Dekat situ aku dah mula nampak system kerja depa. Hahaha. Sangat mengejutkan. System depa sebijik macam salesman. Inikah yang dkatakan operation or event mgt??? Pffft. Aku sbb pikiaq depa dua ni naik dengan aku ja. Kalau dak memang aku blah camtu. Itu pun depa boh gak la minyak dekat aku. RM20. And bagi aku tak berbaloi haha. Jahat x aku.

Dalam pukul 5.15 petang camtu baru la kami balik ke ofis yang pada masa tu aku dah xsabaq nak balik rumah. Tapi sampai sana aku diberikan exam. Jawab la aku ni. Soklan senang. Haha. Then lepas nk buat tu, si I*** tu bawak la aku jumpa kawan2 dia yang lain. Selain kak kaunter tu, si A****, W***, aku tengok ada la sorang perempuan lagi dengan sorang laki yang katanya kawan2 depa ni la. And ada satu lagi manager yang sama level dengan A**** tu, si Z***. Dengan dia lah aku kena jumpa untuk diskus gaji. Duk sat tu, dia panggil masuk ofis. Dekat situ aku dah mula buka mata. Sebab apa? Haha. Sebab gaji la apa lgi. Start dengan iklan, hg cakap offer 2100. Bila pi 1st interview si A**** cakap gaji 1300 - 1600 masa training. Tapi bila aku jumpa si Z*** ni, dan2 cakap for 1st month gaji ikut profit. Pendek kata ikut komisen la tu. Produk yang depa duk promote tu alat urut yang leh bwak travel tu. Lepas tu masa si I*** explained dekat aku, dia cakap benda ni tak dak target, tapi bila aku jumpa dengan si Z*** ni, cakap pulak dah yang ni ada target. Kena jual produk ni sekurangnya 60 pcs seminggu. Meme idak la teman. And 1 more thing, their system is just like MLM. How my self dislike pasal MLM ni.

So, kaedahnya. Memang xmai dah aku haha. Yela, dah abis cakap tu, si Z*** tu dan2 cakap, sambil berdiri. Tahniah awak dah diterima kerja di sini. Choiii hahaha. Mula dia kata suruh start kerja esok terus. Tapi aku bagi alasan ada benda nak kena settle dulu. So depa suruh la mai Khamis, 11th Sept untuk start kerja. Haha. Aku senyum ja. Tak tnggu lama dah. Aku terus balik terus, p amik mak aku dekat umah Makjang aku. Hahaha. Gila lah! Aku terus cerita dekat mak aku pasal smua nih. Lawak wei.

Tapi tu la, nak dijadikan cerita, malam dekat umah aku. Aku dalam proses nak planning p Kepala Batas esok, Selasa 9 Sept. Ada open interview dekat Pejabat Tenaga Kerja Daerah Butterworth. Aku tengok2 sijil aku xdak dekat aku. Ahhh sudah! Rupanya baru teringat sebelum aku kuaq g outdoor dengan si I*** dengan si W*** tu, si A**** tu ada mintak sijil asal aku. Petang tu aku terus ja balik. Lupa sungguh dengan sijil aku tu. Dah la memang si Z*** tu suruh aku datang esok untuk isi detail and sign apa ntah. Aku dah la bagi alasan xleh mai. Aduh, hahaha. Last2 planning dengan adik laki yang 18 tu untuk g amik esok seblum ke Kepala Batas. Dekat Kepala Batas tu pon ada cerita lawak gak. Tapi esok la aku taip and story. Lenguh sudah hahhaha.

So kepada siapa2 yang dapat panggilan interview dari company ni, my advise errr tak yah la. Tapi kalu nak try gak kononnya nk improve ur communication skill, then go ahead. But its not advisable la. Huhuhu. Company ni bila aku dah balik rumah, baru la tergedik nak search haha. Rupanya banyak orang duk cakap pasal depa ni. Scam la. Penipu la. Ayoyoyo hahaha. Tak pa la Leya, pengalaman hidup tu hahha. Dia ada banyak nama untuk company ni. Dia actually under DNMC International. Then dia ada sub dengan Infinity Rank. Lpas tu Optimo la, Silver apa ntah. So xyah la nak try. Better cari keja lain. Insya Allah rezki Allah luas.

P/S : Boleh noh depa buat camni? Aihhh

Saturday, September 6, 2014

Teaser katanya ~~~ Pfftttt

Hai hai.

Kekeke. Terasa macam tak betul sikit. Aku dah mula penulisan novel sekarang ni. Baru nak masuk BAB 3. Itu tak tahu lah sama ada bakal habis atau senyap. Haha. 

Tapi di sini aku nak bagi teaser sikit. Tak tau la best ka tidak cerita ini. Tajuk aku dalam samaran lagi. Tak tau nak boh tajuk apa. Cerita barangkali ada bau-bauan Jepun sikit, sebab aku memang minat manga dengan anime Jepun. Kalau ikut pada cerita melayu, rasanya tak camtu kot. Kroooiiiiggghhhh



*********************************************************************************

“Kau pekerja dekat restoran hujung sana, bukan? Bekerja balik lewat sebegini? Tanya lelaki itu. Senyuman di bibirnya sangat sinis di mata Aleesya. Aleesya terdiam sambil tangannya cuba meleraikan pegangan lelaki itu di rambutnya.

“Kalau kau perlukan wang, macam mana kalau aku BELI kau?” Soal lelaki itu lagi seraya melepaskan pegangannya di rambut Aleesya. Gadis itu tersentak mendengar kata-kata lelaki tersebut.

Beli? Beli apa? Aku? Aleesya tidak dapat melarikan dirinya. Lelaki itu merapatinya dari hadapan. Belakang Aleesya adalah dinding bangunan di tepi jalan itu. Mulutnya tidak dapat bergerak, suaranya seperti tersangkut di kerongkong.
Beli. Beli aku? Jantungnya berdegup kencang memikirkan kata-kata lelaki itu. Tidak semena-mena lelaki itu merapati Aleesya. Terhenti langkahnya dihadang dinding di belakangnya. Matanya menangkap tindakan tangan lelaki itu yang meyeluk poket seluarnya. Seperti tadi, lelaki itu melemparkan wang ke arahnya. Tergamam Aleesya di situ. Tidak sempat berbuat apa, tiba-tiba bibirnya disentuh. Oleh bibir lelaki itu! Lama. Terbuka luas mata Aleesya. Tidak!

 “Mulai sekarang kau adalah kepunyaan aku,” Kata lelaki itu lagi, selepas tautan bibir mereka dilepaskan. Terduduk Aleesya di situ. Lelaki yang aku kurang jelas wajahnya membeli aku?

Tidak! Beli aku?

*********************************************************************************

Hahaha macam lawak lak. Gila punya cerita ini. Aku akan cuba tidak "melucahkan" cerita ini. Oppssss. Krrooiiiiigghhh... Kekekkee

~~ Mood menulis datang lah... Datang lah.... ~~

Mohon komen yang suci lagi bersih dari ampa semua boleh dak??? T____T

Monday, September 1, 2014

Missing her *love always*

Qaseh Nuraina


Rindu semakin berat. Kadang berat untuk tertanggung. Tambahan kalau rindu itu sukar untuk dilepaskan. Allah. Betapa di sini menunjukkan aku seorang insan yang kerdil dan lemah.

Aku terasa kosong. Ya kosong sangat. Hati meronta mahukan dia di samping aku sekarang. ya sekarang. Ya Allah kau kuatkanlah hati aku. Aku sendiri sebagai mak saudara pun sangat2 merindui dia. Apa tah lagi mama dia dan jugak nenek dia. Subhanallah. Aku nak dia bahagia di sana Ya Allah. Amin yabbanal Alamin.

Qaseh, Qaseh bahagia kan di sana. Maklong rindukan Qaseh sangat. Rindu main perut Qaseh, rindu letak jari kelingking maklong dalam mulut Qaseh, nanti Qaseh gigit jari maklong. Maklong rindu buat bunyi mcm cicak tu, Qseh selalu gelak bila maklong buat camtu. Rindu jugak Qaseh duk renyeh, buat muka comel dekat maklong. Ya Allah. Gembirakanlah anak kecik itu. Semoga dia bahagia di bawah lindungan-Nya

Qaseh, maklong tau Qaseh bahagia di sana. Maklong happy sangat. Sekali sekala Qaseh hadirlah dalam mimpi maklong. Ubatilah kerinduan maklong ni sayang. Maklong sayang sangat dekat Qaseh. Qaseh tau kan, Qaseh lah bidadari kecil maklong.

Ya Allah sungguh aku rindu sangat pada anak kecil itu. Tapi ketahuilah Ya Allah, aku redha dengan pemergiaan anak kesayangan ku itu. Mungkin ada hikmah Kau mengambinya semula ke pangkuan-Mu Ya Allah. Aku langsung tidak mahu menyoalkan tentang ini. Semoga anak kecil itu gembira di samping-Mu Ya Allah.





Salam sayang maklong untuk Qaseh Nuraina yang kini jauh dari mata maklong, terpisah dengan 2 dunia yang berbeza. Tetapi kita berdua tetap dekat di hati antara 1 sama lain.

Qaseh Nuraina (02072013 - 17082014)